Sabtu, 28 Jun 2008

Kenapa Org Yg Sabar itu antara Orang yang Beruntung???




Assalamualaikum and a very good day...


Al-‘Asr
[2
]Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - [3]Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Petikan surah Al-‘Asr ayat 2-3 telah dinyatakan bahawa manusia itu sentiasa dalam keadaan kerugian kecuali bagi mereka yang beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran. Apa yang ingin diketengahkan di sini adalah berkenaan kesabaran dan apa yang di hubungkaitkan dengan kerugian.

Sebenarnya jika kita meneliti ayat di atas kesabaran merupakan medium yang amat penting dalam mengawal emosi seseorang manusia itu. Secara perubatan, kajian telah di buat oleh pakar psykologi di mana ketika dalam keadaan marah yang melampau seseorang manusia itu sebenarnya dalam keadaan yang sangat tidak terkawal oleh pemikiran yang waras. Dalam keadaan marah yakni hilang kesabaran merupakan keadaan di mana dalam masa yang sama IQ manusia itu akan menurun dengan mendadak. Oleh itu tak mustahil jika kita selalu mendengar akan kejadian bunuh yg tidak berperikemanusian atau kes penderaan yg melampau disebabkan tindakan manusia yg mengalami tekanan(marah yg melampau). IQ seperti yang kita ketahui merupakan kayu ukur dalam menilai sejauh mana kebijaksaan manusia. Jelaslah di sini mengapa Allah swt menyatakan manusia itu dalam keadaan kerugian kecuali bagi mereka yang sabar,hal ini juga salah satu daripdnya. Dan dalam Islam itu sendiri menyatakan bahawa Allah swt amat menyukai hambanya yang penuh sifat sabar. Bukankah sabar itu sebahagian daripada iman.


Jadi redha dengan sesuatu yg diluar dugaan atau kemampuan kita dan sabar selagi mana hak kita tidak di ganggu.....

2 ulasan:

Si Penanya (?) berkata...

haha. lagipun. orang sabar ney orang cool. ececeh~ aku tau ramai kat dunia ni nak jadik cool. cuma hipokrit xnk bgtau.

PakSu Lamp berkata...

well...setgh budjet mcm cool...tp huh hampeh ja pun..