Khamis, 25 Ogos 2011

Basic Things About Crude Oil as Commodity in The World Market

Assalamualaikum and a very good day...

Basic information you should know about crude oil.

Introduction

Since the year 1974 the crude oil price was swinging in time as other commodity in the world market. The fluctuations of crude oil price and as one of the world’s basic necessities make this commodity as valuable as gold event called as black gold. Crude oil become a powerful commodity which can affect the world economy and can bring develop country to an end without it supply. The scenarios create a new energy controversy when oil takes place of coal as primary energy resource and became the energy exchange platform. Additionally, this black gold has a massive influent towards the other commodity price and affecting the domestic production.

Benchmark

Speaking of benchmarks it is refers to the oil makers which introduce to the world in the mid year of 1980 after the OPEC (Organization of Petroleum Exporting Countries) ability in controlling oil price is removed. There are about 161 kinds of different benchmark of crude oil which basically base on the grades of API. The trend of crude oil price reported in the media is actually referring to the Brent Blend benchmark. The crude oil benchmarks act as the oil markers which used by the seller and buyer as a reference as make the trading process easier. The three primary benchmarks is WTI (West Taxes Intermediate), Brent Blend, Tapis Crude Oil (Malaysia) and Dubai. The Brent crude oil is stand on the USD currency as the current price is around $114 USD/barrel.

International Petroleum Exchange (IPE)

International Petroleum Exchange which basically establish in London is one of the largest world energy exchanges. This energy exchange is the place where the contract of energy commodity such as oil fuels, natural gas and electricity being handle. The most influent and powerful IPE in the world is New York Mercantile Exchange, International Petroleum Exchange in London and Singapore International Monetary Exchange, the price of crude oil being setup and control at this energy exchange between the seller usually the oil company and the buyer. These systems of trading make the oil price strongly vulnerable to the supply and demand of the global. But yet, the oil pricing is also very sensitive due to other external forces such as politics, economics, natural and new discoveries.

Aktif Kembali

Assalamualaikum and a very good day...

Rasanya lama benar aku tak "berblogger", akhir-akhir nih rasa macam nak aktif balik. InshaALlah moga Allah permudahkan segala urusan dan moga kita dapat bertukar-tukar pendapat serta berdiskusi dalam pelbagai perkara.

Ahad, 25 Julai 2010

owh tidak...jeremy....



Assalamualaikum and a very good day....

sudah berminggu, masuk minggu ke-3 Jeremy tak balik2... "such a poor cat" jeremy hilang pertimbangan dan boleh dikatakan hilang ingatan... dia tak dpt mengenal lg umah sewa nih....apa lg even bapak dia "bert" pun dia tak kenai...

jeremy menghilangkan diri tanpa sebarang kesan atau tanda2... sedih pun ada time buhsan2 dok umah sewa nih...tak leh nak men ngan jeremy...klu tak boleh dok gomoi2... jeremy lah kucing species tak reti nak miow2..n tak penah cakar org even kita dok peluk dia sampai dia naik lemas...hahahaha dah tuh tidoq mesti dok buat gaya mcm manusia ja... dia juga mengalami krisis identiti, slalu blagak mcm org...(dia dok rs dia manusia gak)...itu yg aku suka dok tgk gelagat si jeremy nih...

owh jeremy...akan ku kenang kau sampai bila2...bila tgk kucing2 terbiar kat kdai2 makan mcm nak ja aku ambik...haish...
pulanglah...pulanglah di hari bahagia....

Isnin, 16 November 2009

Ruang dan Masa....

Assalamualaikum and a very gud day....


Jadi nya sudah sekian lama aku tak update blog nih, ya lah mana tak nya final sem nih sgt2 menjerut studentnya ngan FYP (final year projek) yg sgt ngeri dan hebat. Hari nih 16 Nov tamatlah sudah (secara tak rasmi) pengajian aku ngan mmber2 kej.kimia yg len. Hari nih semua secara totalnya sudah berangkat pulang ke kampung halaman memasing... mlm yg sgt besh utk dingati dan minggu terakhir yg penuh ngan slot2 yg WOW!

(lec ku yg dah mati sbb tak ckp ruang n masa)

Aku takmau cita byk pasal perihal aku ngan mmber aku tuh..klu tak mmg tak habis la menulis, so isu ruang n masa yg aku ckp kan nih lebih nak merujuk kpd kehidupan yg trus bergerak n bergerak. spt kata mmber aku masa plg berharga ialah menikmati masa waktu itu (present time). mmg ada logik n relevan jgk. kita slalu ja ckp pasal masa itu emas (walaupun emas boleh di beli namun masa tidak). apa yg lebih penting ialah kita menikmati masa yg sdg kita lalui dan mengunakan ruang yg ada ngan sebaiknya..tak kisah la klu waktu tuh melalui masa yg perit or sengsara ka..sbb itu lah ruang n masa waktu itu dan itu lah yg membwa kpd kehidupan.

sbb bila masa itu berlalu ruang yg berlainan juga akan berubah n berganti. relate kan ngan aku skrang nih masa 3 thn ngan geng kej kimia aku dah berlalu n memsing membwa haluan memsing. semua dah balik berparadise ngan famili n kehidupan asal. ada yg akhiri ngan harapan baru, pengakhiran harapan, tanjg hrapan (aku buat lawak gelak la skit), ada yg bersedih krn gumbira n ada yg sedih krn duka...bg aku yg sgt berharga dlm ruang n masa 3thn lalu is, learnin proc pasl sgalanya (life, knowledge, dll) n apa yg plg best nilai satu persahabatan yg bg aku once dah terbentuk mmg payah la nak pecah (unless bantuan iblis laknatullah)..
(time kat Selama,Milan Safari)

bg mmber2 aku jgn lupa pasal frenship nih inysallah ukhuwwah krn ALlah nih pasti berkekalan...
aku doakan kita ketemu lg di lain ruang n masa..mudahan r n m time tuh adalah lebih cool, awesome, great n gloryyyy.....(aku masih carik mood nak berblogger)

Khamis, 4 Jun 2009

mulanya kawan, then???

Assalamualaikum and a very gud day...

kawan sememangnya menjadi sebahagian daripada hidup kita. musuh pula mmg tak mampu diduga. bendalah yg aku nak sembang2 kali nih pasal kawan yg bertukar menjadi gajah...hahaha(aku buat lawak skit) i mean mmber yg bertukar jadik musuh (atau org yg kita dah tak rapat mcm asal). atau pun sebaliknya.


sahabat baik(jgn slah ertikan plak)

dlm hidup nih mmg byk benda yg kita tak duga, esp. dlm perhubungan. apa yg aku nak ckpkan ialah kita pasti pernah melihat situasi(bukan mcm lgu bunkface @ pamunkas bak kata mmber aku yg tau sebut ja nama band nih). keadaan dimana mmber baik atau asal nya mmber lalu bertukar jadik dingin tak beramah mesra mcm dulu atau lebih buruk jd musuh.


jom meh ikut cerita aku. aku pun pernah lalui bendlah nih. since skolah g pun. mmber yg sgt aku percayai akhirnya bertukar jadik naga lalu menelan aku. begitu gak lah disebaliknya. makhluk tuhan yg asalnya aku tak rapat tp last jadik mmber baik. di alam dunia yg demandkan pemerahan otak tahap maksimum dan imiginasi berpaksi (yakni universiti) tetap berlaku perkara yg sama, but not to me la. among my fren act.

ada yg asalnya sangat kamcheng (bukan sejenis nama cina) tp di akhir pengajian mula berkonfik lalu declare pihak berkecuali. mereka jarang bertegur sapa apatah lagi bermesra(dpend pada imiginasi anda). apa yg aku lihat persengketaan ini berlaku acap kali berpunca dr perihal yg remeh namun masing2 tidak meluahkannya, lalu tatkala mental dan emosi berReformasi, fizikal mula menterjemahkan kpd realiti. mereka mula bersikap dingin. namun ada gak kes yg bila bersemuka, bersuara dan musyawarah, perkara tuh makin truk dan parah.



siapa saja tak suka bila kehilangan mmber yg dulu asalnya baik ngan kita. tp mcm aku ckp, masalah dtg tak diduga. bg aku klu masalah mcm nih bertandang, kita sebaiknya selesai secara face 2 face, ya mmg payah nak buat. tp apa lagi cara yg baik selain bermusyawarah(berbincang).



sbg mmber kita sebaiknya fikirkan kembalik perkara2 baik n positif sewaktu awal2 berkwan. mmg kita semua nih tak sempurnya, kekedg ada ja hal2 yg kita atau mmber buat yg menyakitkan hati atau menguris jiwa. tp bak kata pepatah sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula mmber2 sekeliling(aku ubah skit).

mmber di waktu suka senang dicari, tp waktu duka sukar sekali ditemui...
apa2 pun bg aku plg pnting kita kena la bertolak ansur..
"tak mustahil org yg kita benci akan jadik mmber baik..dan gak sebaliknya"

Selasa, 2 Jun 2009

musim 2 thn sekali????

Assalamualaikum and a very gud day.....



Pasal musim yg berlaku 2 tahun sekali nih bukan la aku nak bercakap pasal fakta sains or what. Musim ni akan berlaku 2 thn sekali which is time cuti mcm skarang nih (cuti skolah) dan cuti hujung tahun. Itulah musim KENDURI yg aku maksud kan.

Cuti kali nih mcm biasa aku rasa semua tau, majlis kenduri bersepah mcm umat manusia bermurah hati menjamu makhluk tuhan yg lain. Makan tengah hari dah bleh kira save money dah. Ibu2 dirumah dapat bercuti dr memasak.

Aku rasa kes tersilap masuk kenduri org len mngkin dah biasa...sbb kat famili aku pun pernah jadi.
Bukan nak puji la kan tp org Melayu nih baik, sungguh tak kenai sbb org silap majlis kenduri, tetap dia jemput makan.(klu yg buat2 silap tuh taktau la kan)


The point is majlis kenduri nih sgt best. Sbb majlis nih bukan ja pasal persandingan tp lebih meriah sbb dah jadik mcm hari ReUnion keluarga dan juga mmber2. Time kenduri ni lah kita akan jumpa segala sepupu sepapat yg dkat mahu pun yg bau2 macang.

Semua bersuka2 mengungkap kisah lama.(parents2 kita lah). Anak2 pula mendengar ngan penuh minat sambil kekdg tuh kena perli. (Sbb zaman parents kita lain ngan mereka). Time tuh bg aku, terasa hidup nih sgt2 indah, sampai aku rasa mcm hidup nih sgt2 bermakna n bahagia.



NASIK MINYAK...tak ka sedap tuh!!!yyuuummmmyyyy
Itu la nikmat berkeluarga, bg aku malanglah pd siapa yg tak sukakan kekeluargaan dan lebih menyibukkan diri ngan bendalah lain. Keluarga itu umpama satu anugerah yg sgt besh. Ini lah keseronokan sbnar dlm kehidupan. BUkan ngan dok seronok berclubing, besuka suki sampai ilang batas2....(ambik ang! aku agak beremosi)


ok lah tuh ja lah yg aku nak ckp kan...arios akantos!!

Ahad, 24 Mei 2009

IFC patut diperangi?????

Assalamualaikum and a very good day.....


Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan membuat kenyataan akhbar
bahwa umat Islam wajib isytihar perang terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam
yang menurunkan signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt
kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal .


apa itu IFC >>>> http://www.abim.org.my/component/content/article/28-artikel-pilihan/94-penubuhan-ifc.html


Datuk Harussani juga minta kepada semua
penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya
jangan lupa cakap benda ni dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa
pertubuhan IFC ini adalah musuh Islam di Malaysia.

Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?...Depa send memorandum kepada PM minta 15 perkara
berhubung dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia.

Antaranya:
1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan mana-mana agama
sehinggalah anak itu berusia 18 tahun - Tu dia tuan-tuan.

Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak
kita langsung tidak boleh dididikkan dengan cara Islam.

Kita tak boleh bubuh nama Islam kat anak-
anak.

Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah, tanya kat anak kita, "Hang
nak ikut ugama apa?"...Kalau dia kata nak jadi hindu, maka jadi hindulah dia.

Kita tak boleh nak
buat apa sebab dah digazetkan dalam Perlembagaan Negara.

2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum identiti agama -
maknanya, perkataan "Islam" yang ada kat mykad kita itu, depa minta di"tiada"kan .

3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia tidak perlu masuk Islam.

4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam, mestilah dia tukar agama
kepada bukan Islam.

5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid, begitu juga kerajaan
Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah ibadat orang bukan Islam .

6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat hendaklah dimansuhkan,
kerana ia menghina agama bukan Islam.

7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain -mahkamah syariah
kalau takdak, habih la kita tuan-tuan.

Walaupun la ni bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya
mahkamah yang defence agama kita.

Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid
pusaka, masalah nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?... Kalau takdak mahkamah
syariah, maknanya, perkahwinan tidak akanberjalan di atas akad nikah, sebaliknya,
perkahwinan akan dibuat secara berdaftar.

Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya dikembalikan kepada waris yang
tidak beragama Islam.

9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabilamasuk Islam, maka hak penjagaan anak tidak boleh
diberikan kepada mereka.

10) Sebagaimana program-​program di radio dan tvyang menerangkan tentang ajaran Islam dalam
bahasa ibunda masing-masing, begitu juga ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberiruang.

11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible dalam bahasa
Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.

12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di Malaysia? ...lagi 3 ana tak
ingat, antum boleh refer dalam majalah Millenium Muslim

Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana sensitiviti kita terhadap agama
kita sendiri?​.​.​.​Datuk Harussani tegur PM dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan
tersebut supaya dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?...Depa kata kat Mufti
Perak, "Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded langsung!".. .

Datuk Harussani balas
dalam majalah "Millenium Muslim", katanya, "Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau
lebih, maka inilah hadiahnya!". ..Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia.

Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar, macam ada benda dalam mulut​ sampai tak boleh n​ak buka!​
. ​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​ ..... ..... ...... ... ..... .. .​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​ .​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​ .​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​ .​.​.​.​.​
Kata al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya:
"Sepertimana yang Tartar berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil
daripada raja mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak yang
merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil daripada syariat yang
berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain.

Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa nafsunya semata, lalu
dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak cucunya.

Mereka mendahulukannya​ melebihi kitab
Allah dan Sunnah Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib
diperangi sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum selain
daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar
(rujukan tafsir al-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn
Kathir jld. 2, m.s. 70.

CetakanBeirut)
Allahu ta..ala ..alam.
msg forward....from my frens...

Khamis, 21 Mei 2009

maMat sonGkoK berBaju merah malu terSipu2

Assalamualaikum n a very good day....

Wah sudah lama gak aku tak update blog. Bukan apa sblum nih during hari2 kuliah besa la busy. Sem yg berlalu aku agak pulun utk naikkan pointer yg makin ghairah menurun. ALahamdulillah at last final paper semua rasanya aku jwb ngan baik. Cuma berlaku la benda yg agak (amat act.) memalukan. Di pagi yg gemilang yakni hari last bg paper yg last (paper osha).



Aku ngan confident p la kampus nak jwb paper final ngan mmber2 len. sLAlu nya group batch aku akan dipanggil masuk ke LP (laman perdana ; mcm dewan exam gak la) yg last skali selepas semua dah masuk. So bila Dah ready kami pun masuk beraMai2. On da way aku terselisih ngan makhuk tuhan yg sorg nih, member aku gak la. Dia patah balik kuar dr dewan sbb terBawa masuk notes (hik3). Yg lain pun senyum2 la kat dia. YG ku nih advance siap leh kata kat dia, “hai xcited sampai bwa masuk notes” (sambil ketawa sinis) so sarcastic. Maybe dlm hati dia, mcm nak sepak ja aku time tuh.



So nak dijadikan cerita, aku yg bersongkok dan berbaju merah pada waktu tuh berjalan masuk bersama2 mmber len menuju ke detik2 perperangan terakhir (mcm total war) utk sem tuh. Sebelum masuk ada la 2 pengawas di pintu masuk. Then kami pun jalan lagik sampai dah masuk kat bhg depan dewan exam tuh. time tuh aku agak pelik, insan2 student yg asal nya muka tensen+confident+unik+anih tetiba memandang depan ke arah kami dan ada yg mcm terseyum2. At da same time pengawas yg ada di atas stage yg sedang mengunakan mike (sejenis alat yg m’transformkan gelombang suara) bersuka2 ketawa. Pengawas exam yg lain ada jua yg muka mcm terpegun.

AKu tak tahu yg lain sedar atau tak.aKu rasa aku sorg ja yg perasan scenario tuh. aKu time tuh mcm watak utama. Tp blum sempat habis aku melayan imiginasi serta mengungkai misteri kejadian tuh, tetiba mmber aku tegur “leman kot ya nak bwa toyol msk exam pun berpada2 laa”………………………… aku kaku dan bru terasa ada sesuatu atas bahu kanan aku. Rupanya aku sdang mengalas beg tatkala berjalan masuk ke dewan exam. Mmber2 aku hampir semua dah perasan tp ada yg mcm terkejut sampai takleh nak kata apa2. Aku seorg lelaki yg bersongkok berbaju merah waktu tuh pun kluar semula utk meletakkan beg aku yg berwarna oren. Ngan malu tersipu2 aku masuk buat muka (pretend it never happen) dan duduk bersedia nak menjawab……


Maybe itu kesannya bila aku terlalu kuat menghafal, sbb subjek tuh byk menghafal dan aku agak letih menghafal bendalah OSHA yg penuh ngan notes pelik2 pasal case study la,rule n regulation lah n byk bendalah2 yg aku tak suka nak hafal…….
MujurlaH itu last paper, klu next day jumpa g mmber2 aku time kat kampus utk jwb paper mesti perkara tuh jadik Bahan yg teruk(aku idup dikalangan mmber2 yg kuat bahan)…wakakakakaka

moral of the story...jgn la dok perli org len time2 genting mcm tuh.....wakakaka

Isnin, 12 Januari 2009

marilah JOIN

http://www.friendster.com/group/tabmain.php?gid=2643569

harap ngan adanya group FS nih bleh la bincang tau inform benda2 baru pasal isu palestine nih....yg terbaru ada pasal product yg WAJIB di BOIKOT

Rabu, 19 November 2008

Penciptaan Alam Dengan Teori Big Bang (Bhg 1)

Assalamualaikum and a very good day....

(A)[101] Surah Al- An'aam
(Dia lah) yang menciptakan langit dan bumi. Bagaimanakah Ia mempunyai anak sedang Ia tidak mempunyai isteri?. Ia pula yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Maha Mengetahui akan segala-galanya.


(B)[47] Surah Adz- Dzaariyaat
Dan langit itu Kami dirikan dengan kekuasaan Kami (dalam bentuk binaan yang kukuh rapi). Dan sesungguhnya Kami adalah mempunyai kekuasaan yang luas tidak terhingga.


Sudah lama aku tidak "update" blog aku dengan bahan2 ilmiah, ini kerana aku sibuk dengan perihal "final exam". Baiklah back to back, merujuk kepada teori Big Bang Steven W. Hawking di mana alam semesta ini terbentuk akibat satu siri letupan yg sgt besar yang menyebabkan wujudnya sesuatu drp tiada apa2(maksudnya ruang dan masa dan segala kewujudan itu berkonsep drp TIADA kepada WUJUD secara tiba2).

Hal ini bertepatan dgn ayat Allah dlm surah Al-An'aam di mana Allah menciptakan langit dan bumi dan kita mengetahui kekuasaan Allah dlm mencipta sesuatu serta berkehendak sesuatu(kunfayakun). Menurut Steven W. Hawking teori letupan Big Bang ini terjadi hasil daripada satu kuasa yg sangat besar yg tidak dpt dibayangkan kekuasaannya. Namun Steven W. Hawking tidak menyatakan kuasa itu ialah Tuhan yakni Allah. Para saintis fizik moden tidak dpt lari dari "persoalan" hubungkait tuhan dgn teori Big Bang ini kerana Tenaga, Ruang, serta Masa wujud "just like that" hasil dri letupan hebat ini.


Dlm ayat (B) pula Allah menerangkan bahawa Dia yg menjadikan langit dgn kukuh dan kekuasaanNya sangat Luas. Langit di sini merujuk kepada Alam Semesta "space" atau angkasaraya. Dan Allah menyatakan kekuasaanNya sangat luas dan menurut kata lain dlm Al-Quran juga langit ini mengembang, jadi ia berketepatan dgn maksud "KekuasaanNya sangat Luas".


Sebelum ini dunia Fizik berpendapat bahawa Alam semesta ini bersifat semulajadi dan wujud dr suatu masa yg tidak diketahui (yakni sudah wujud lama sebelum ini). Namun fizik moden kini menyedari bahawa Alam semesta ini wujud dari satu masa permualaan(big bang) dan mengembang secara malar. Ahli Fizik Russia Alexander Friedmann dan Belgian Georges Lemaitre berpendapat hasil dari pengiraan dan pemerhatian mereka bahawa Alam semesta ini bergerak secara malar dan ia mengembang. Teori mereka ini terbukti benar dalam dunia fizik dimana pada tahun 1929 Edwin Hubble dgn teleskopnya membuat pemerhatian alam semesta ini dimana beliau mendapati galaksi-galaksi yg wujud ini sentiasa bergerak menjauhi antara satu dengan yg lain.


Keadaan ini boleh disamakan dengan satu belon yg mengembang namun bayangkan ia mengembang secara INFINITI yakni tidak pecah namun terus mengembang. Begitulah kejadian alam semesta ini dari satu siri letupan yg maha hebat dan ia terus mengembang dgn kelajuan yg sgt hebat juga berserta ruang yg Luas yg kita tidak mmpu utk menilainya sehingga ia di konklusikan sebagai Ifiniti. Jadi benarlah juga teori Fizik moden dimana Tiada objek atau benda yang pegun sebenarnya, ini kerana kita sentiasa bergerak samaada objek dibumi yg bergerak seiring pergerak Bumi mahupun galaksi, ini perihal lain pula. (akan dibincangkan)


Setakat ini perbincangan "Penciptaan Alam Dengan Teori Big Bang" untuk bahagian satu ini kerana masih byk ayat Al-Quran yg berkitan yg perlu diulas. Nantikan Bahagian 2.

Isnin, 17 November 2008

Mmber slalu LUPA kwn bila ada Si Dia

Assalamualaikum n a very good day....



Aku rasa ramai yg setuju bila aku kata mmber cenderung utk lupa kwn2 dia yg kamcheng seblum nih atau berlaku konflik bila dia mula tumpu perhatian pada Si Dia.....




Hal ini byk berlaku dlm kehidupan aku juga sahabat2 seperjuangan aku sekrang. Sering berlaku konflik antara kami sehinggakan ada yg bermasam muka atau mahu bertelingkah. Lebih menyakitkan hati bila Member kita tuh sudah mula payah utk hang out ngan kita atau pun sudah pandai nak tipu(walaupun akhirnya kantoi), semata2 kerana nak spend time ngan GADIS. PALING aku benci dan meluat bila ada gak yg OBSES ngan awek???(sangat gila)




Ya mmg itu hak peribadi dia utk menentukan sapa dia nak kwan dan hang out apa semua. Tapi kita perlu ingat antara mmber ngan awek/pakwe, member lebih penting dlm kehidupan seharian...

Kita ngan mmber mmg ada simbiosis yakni kita saling bersandaran. As a student mustahil hampa(korang) boleh hidup seorangan.



Selalu bila hubungan ngan awek/pakwe sudah mula goyah baru time tuh kita akan mula kembali mendapatkan sokongan member2...tak malu ka?? ingat mmber2 tuh biol takda perasaan..(ya aku agak emo di sini). Aku acap kali melihat mmber2 sekeliling aku berkonflik gara2 hal awek..

Ada juga yg bila berlaku konflik dgn awek/pakwe dia mula merebak ngan member,cthnya lepas geram kat member,bermasam muka bila member tegur, serta buat muka mcm tempee basi sampai member naik terasa ketenganganya...



SO sebagai penutup aku harap kita lebih bijak meletakan Priority utk Member lebih dari awek atau pakwe.....tp terpulang lah, sbb nih adalah hak masing2




Kita perlu ingat bila kita hidup sebagai pelajar sahabatlah teman suka duka kita. Walaupun ada yg tak ikhlas namun depa(mereka) adalah org tedekat kita....

Kalau kita nak sgt bercouple atleast jgn la lupa member atau terlalu byk bg tumpuan terhadap awek/pakwe.

Isnin, 29 September 2008

Perlukah berPolitik sehingga berpecah belah

Assalamualaikum n a very good day.....

Kali ini isu yg nak diperkatakan adalah lebih fokus kpd perpaduan. Jika kita lihat negara kita pada waktu ni boleh dikatakan ia didlm waktu kritikal dimana etnik terbesar Melayu semakin berpecah belah dan bila2 masa saja mampu dihapuskan n dilumat2kan....

Dr sudut pandangan aku kaum yg kononnya semua beragama Islam namun tak semua mengalamalkan prinsip2 Islam(Melayu) ini semakin ghairah menjamah kekayaan dan hati mereka makmur dgn kepentingan diri(selfish). Kita lebih fokus kepada parti politik masing2 yg percaya bhw prinsip mereka yg lebih betul.

Ada seorg pakcik yg BOdoh tahap tapir n tenuk sehingga sanggup menghina kaum sendiri di hadapan kaum len di BUlan posa plak. Kaum Melayu aku ini semakin menjadi2 sehingga hal ehwal agama trut menjadi agenda. Ya mmg zaman Rasulullah agama dan politik takdapat dipisahkan begitu juga sekarang,namun waktu itu agama menguasai politik bukan politik menguasai agama seperti sekarang....

Kita sanggup membuka aib,fitnah dan memperkotak-katikkan saudara seagama namun berbza fahaman politik secara terbuka dan diketahui kaum lain(yg kafir,munafik). Menurut Ibn Khaldun kita seharusnya tegur-menegur akan perihal yg kita tidak suka secara tertutup kepd saudara kita,agak musuh Islam(DAP n len2)tidak ketawa terbahak2 dek melihat masyarakat Islam porak peranda. Lihatlah Teressa KOk,yg semakin berani menghina Islam dan semkin ghairah menghentam serta mengeluarkan isu2 yg berbaur perkauman,namun kita hanya semakin pertelingkah dan ada yg buat dunno ja ngan isu2 sensitif ini....

Bg kaum pelajar,aku berharap hentikan lah persengketaan Politik. Tak payah lah dok gedik,menyangkak(means sama mcm kera kena belacan) n len2 lg dgn menyebar artikel berbaur politik konon nak tunjuk smgt parti. Kita sendiri tak tau apa sebenarnya perjuangan parti tuh. kalu brani sgt awat tak join sungguh2(tau plak takut kena buang U). SO hentikanlah berpolitik buat seketika dan fokus lah utk menyatukan kembali Kaum Melayu kita dan meningkatkan lagi semangat persaudaraan Islam(ukhuwwah).



Tidak kah kalian terpikiaq(pikir) bhwa kita hanya terikut2 dan diperbodohkan dgn Ideologi2 pemimpin yg ntah apa2 status mereka sekarang ini. Cuba kita jgn ikut rentak politik sekrng sebaliknya kita cuba satukan kembali Saudara kita dibwh kalimah syahadah. NIh tidak ada mber2 kat UiTM yg hayal bercinta, bergay+lesbian, pengkid n mcm2 lagik. ada yg sape(kedekut) ILmu,bila kawan tanya buat2 taktau).. ingat lah "bersatu teguh bercerai roboh).

Kita seharusnya Ambik kesempatan di UiTM utk menyatukan kembalik Kaum KIta dan mengilmukan serta menguasai Ilmu yg ada.Jgn senario(bukan senario lagi) politik masa dpn sama mcm kata Mufti Perlis...kita bukan memilih pemimpin terbaik dikalangan terbaik namun yg teruk dikalgan terlampau teruk....

Bersatulah Kerana Agama!!!

Sabtu, 27 September 2008

Kisah Yakjuj & Makjuj

Assalamualaikum n a very good day....

Perkisahan ni aku ambil dari post member aku di frienster...cerita nih menarik tuh yg aku nak kongsi...so baca2 lah...


Dalam Quran kisah yakjuj & makjuj diceritakan dalam dua surah al-kahfi dan al anbiyak. Saya ingin mengambil surah al kahfi ayat 94 – 98 , mereka berkata “hai zulqarnain sesungguhnya yakjuj dan makjuj ini suka membuat kerosakan di muka bumi ini…maka tolonglah aku supaya membuat dinding di antara kamu dan mereka. Berilah aku potongan 2 besi .Hingga apabila besi itu sama rata dengan kedua puncak gunung itu berkatalah Zulqarnain Tiuplah api itu , Hingga menjadi merah seperti api , dia pun berkata beriah tembaga mendidih supaya aku tuangkan ke atas besi panas itu,
Maka mereka tidak dapat mendaki dan melubangkannya .Zulqarnain berkata dinding ini adalah rahmat daripada tuhanku . apabila datang janji tuhanku maka akan runtuhlah dan janji tuhanku adalah benar. Ayat ni saya dah ringkaskan. Mengikut Hamka dalam tafsir al Azhar halaman 257 , imam Ibnu kathir melaporkan , khalifah al wathiq dariapda bani abas pernah menghantar satu ekspedisi bertujuan mencari tembok ini. Maka setelah 2 tahun embok ini ditemui .ia adalah tembok yang besar dan tinggi yang dibuat daripada besi dan tembaga dan mempunyai kunci2 serta pintu yag besar .Pada abad ke – 15 masihi dua orang pengkaji drpd jerman dan 1 orang lagi dari sepanyol mendapati tembok ini terletak di Samarkand dan India. Pengkaji ini merumuskan ia ialah tembok Zulqarnain.

Mengikut Ali Akbar dalam bukunya Israel and the Prophecies of the holy quran terbitan Seraj Publication, Cardiff 1963. Tembok ini terletak di sebelah laut Caspian. Panjangnya adalah 50 batu ketinggiannya 29 kaki dan tebal 1 kaki. Dalam ayat di atas mengikut pandangan beliau ialah gunung 2 yang terdapat di Azerbaijan dan Armenia.bangsa yg yg tinggal di kawasan ini melahirkan bangsa EROPAH daripada etnik Slavs &Teutonic Beliau juga mengatakan dalam BIBLE ( yehezkiel 39 ayat 1), hai manusia fana , kecamlah Gog, penguasa utama negeri 2 Mersekh dan Tubal dan Beritahulah akulah musuhnya . Raha bermaksud Rusia ,Mersekh – Moskow dan Tubal- Tobalsk. Dalam bab yang sm ayat 7 ‘ aku menyalakan api di negeri Magog dan disepanjang pantai tempat orang hidup dengan aman. Lalu semua orang tahu akulah Tuhan.” Kawasan pantai yang dimaksudkan ialah kepulauan Britania dan Negara2 Scandinavia. Justeru beliau merumuskan Yakjuj & Makjuj adalah Eropah Timur & Barat yg terlalu mencengkam umat Islam. Hamka merumuskan dalam tafsir Al –Azhar juzuk 17 ms 266 kalimat yakjuj & makjuj berasal daripada ajja dan taajjaja yg bermaksud “menyala , membakar dan menggelegak.Tafsiran ini dapat diterima dengan syarat ia tidak terbabaas daripada maksud asal ayat al Quran . Namun kesemua tafsiran ini adalah tafsiran manusia yang cuba memahami maksud ayat2 Allah. Kesimpulannya berdasarkan ayat di atas maka terbuktilah kita sekarang dalam Akhir Zaman . Dan apa yg terbuku dalam kitab umat ISLAM ( Al Quran )adalah BENAR. Minda muslim SUPER , Dr. Danial Zainal Abidin, PTS Millennia SDN. BHD.2008 ms 235,346,347,348

Selasa, 2 September 2008

Komuniti Melayu Sefakulti Ku Di Kampus Blue Roof

Assalamulaikum n a very good day....

ini merupakan post yg lama tp tak terpost...


Isu yg aku nak kupas dlm nih adalah isu dr pengalaman.....tak terikat ngan mana2 fakta.

Akhir2 nih aku telah membuat kontroversi atau memanaskan hati sekumpulan pihak yakni MT(majlis tertinggi) persatuan Fakulti aku... Dengan secara tak sengaja atau segalanya berlaku akibat salah paham aku telah mengeluarkan statement BlaBlaBla....(propaganda aku).



Actually aku ingin juga menilai sejauh mana aku mampu harungi dunia masa akan datang jika kita diserang(dr segi mental) secara rambang dan berkumpulan akibat perbuatan kita sendiri(mengeluarkan statment)dan waktu itu mmg tiada sahabat atau kenalan yg akan pedulikan kita sedangkan byk perkara yg kita lakukan(aduan atau tindakan) adalah dari buah fikiran mereka sendiri(kekdg terasa mcm korban pun ada)....mmg tak dinafikan mesyuarat yg aku hadiri waktu itu adalah utk myelesaikan hal yg aku telah timbulkan....Aku memuji diri sendiri kerana mampu harungi bendalah itu semua dengan penuh dedikasi dan profesional....bayangkan jika kita dihentam oleh 5 org sekali,jujur aku katakan aku mmg ketaqqq gila....tp inilah masanya utk kita lihat sejauh mana diri kita boleh handle....mereka ini seperti pantang juga menerima hentaman dari seorg yg bergelar aku,tp itu mmg hak mereka utk bersikap mcm tuh...cuma yg aku tak setuju ialah mereka lebih cenderung berpuashati dengan pihak pensyarah sedangkan mereka tak endahkan sgt aduan atau komplen dari student,lupakah depa(mereka) nih yg persatuan mereka tuh utk pelajar dan bukan pensyarah....



Selain daripd itu,Dari pandangan aku sendiri jika dilihat sikap golongan pelajar Melayu dalam komuniti yg aku ada sekarang ini agak menyedihkan.....mereka tidak ramai memberi fokus kepada perihal yg lebih matang spt kepimpinan,persatuan dll sebaliknya lebih cenderung mmberi kritikan berbapakan dasar pengecut,tidak menyumbang dan membawa hal sendiri serta isu2 len yg lebih kepada kehidupan sendiri.Namun ini bukan bermaksud aku menyalahkan mereka atau menuduh mereka tidak OK dalam hal2 lain...cuma mereka lebih byk OK dlm hal2 hiburan ataupun hal2 lain yg tak disebut...Tidak dinafikan ada golongan yg berpemikiran matang dan berpendirian intelektual(ada shbat yg aku tak sangka dia berpemkiran hebat sebegitu) namun kebykkan mereka dibatasi ngan halangan tertentu yg tak dpt dikenalpasti....



Cuma disini aku dapati kebykan kita lebih cenderung memikirkan akibat atau sbb berdasarkan satu perspektif pemikiran...dan yg lebih ngeri kita terus membuat andaian yg akhirnya kita yakin dgn andaiyan kita sndiri tanpa usul periksa....

Sabtu, 28 Jun 2008

Kenapa Org Yg Sabar itu antara Orang yang Beruntung???




Assalamualaikum and a very good day...


Al-‘Asr
[2
]Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - [3]Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Petikan surah Al-‘Asr ayat 2-3 telah dinyatakan bahawa manusia itu sentiasa dalam keadaan kerugian kecuali bagi mereka yang beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran. Apa yang ingin diketengahkan di sini adalah berkenaan kesabaran dan apa yang di hubungkaitkan dengan kerugian.

Sebenarnya jika kita meneliti ayat di atas kesabaran merupakan medium yang amat penting dalam mengawal emosi seseorang manusia itu. Secara perubatan, kajian telah di buat oleh pakar psykologi di mana ketika dalam keadaan marah yang melampau seseorang manusia itu sebenarnya dalam keadaan yang sangat tidak terkawal oleh pemikiran yang waras. Dalam keadaan marah yakni hilang kesabaran merupakan keadaan di mana dalam masa yang sama IQ manusia itu akan menurun dengan mendadak. Oleh itu tak mustahil jika kita selalu mendengar akan kejadian bunuh yg tidak berperikemanusian atau kes penderaan yg melampau disebabkan tindakan manusia yg mengalami tekanan(marah yg melampau). IQ seperti yang kita ketahui merupakan kayu ukur dalam menilai sejauh mana kebijaksaan manusia. Jelaslah di sini mengapa Allah swt menyatakan manusia itu dalam keadaan kerugian kecuali bagi mereka yang sabar,hal ini juga salah satu daripdnya. Dan dalam Islam itu sendiri menyatakan bahawa Allah swt amat menyukai hambanya yang penuh sifat sabar. Bukankah sabar itu sebahagian daripada iman.


Jadi redha dengan sesuatu yg diluar dugaan atau kemampuan kita dan sabar selagi mana hak kita tidak di ganggu.....

Keburukan dan Kebaikan Arak(Alkohol) dlm Al-Quran



Assalamualaikum and a very good day....


Petikan daripada surah Al baqarah
[219]Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: “Dermakanlah – apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir:

Konotasi drpd ayat di atas telah diterangkan berkenaan kewujudan HC alkohol. Allah swt telah menyebut bahawasanya arak(minuman yg mengandungi alkohol) itu haram di mana ia merupakan dosa besar. Namun dalam ayat seterusnya Allah telah menyatakan akan manfaat alkohol itu sendiri kepada manusia. Nah bukankah pada dunia sekarang alkohol merupakan sesuatu yang sangat penting di sebalik kemudaratannya. Alkohol menjadi keperluan ataupun kemestian di dalam bidang perubatan, perindustrian, pengesteran dan berbagai lagi. Dalam bidang perubatan kita dapat lihat alkohol memainkan peranan sebagai bius yakni ubat kebas.

Sedar atau tidak ketika sebelum kita di suntik alkohol akan di sapukan di bahagian tersebut agar ia terasa sejuk bagi mengurangkan kesakitan yang di alami manusia. Dengan sifat alkohol yang cpat meruap ke udara pula ia telah menjadi elemen terpenting dalam pembuatan pewangi beralkohol. Ini amat penting kerana pewangi beralkohol mampu mengatasi masalah bau badan bagi individu yang mempunyai masalah peluh berlebihan. Mengikut mazhab Syafie pengunaan alkohol dalam solat sebagai pewangi adalah harus bagi individu yang tidak mempunyai pilihan lain untuk mengatasi masalah bau badan. Selain itu pengunaan alkohol dalam pengesteran adalah untuk di campurkan dengan asid karboksilik dan elemen-elemen lain bagi menghasikan bau-bauan seperti buah-buahan, bunga dan sebagainya.

Jika Allah itu tidak Maha Mengetahui nescaya alkohol ini tidak akan disebut dalam Al-Quran dan tidak pula manusia mampu mengunakan manfaat alkohol tersebut. Namun kebaikan dan keburukan alkohol terletak kepada manusia itu sendiri kerana manusia sudah dikurniakan akal untuk berfikir dan menyingkap ke-agungan Allah swt....Thanks kerana membca daripd awal dan akhir...

Isnin, 23 Jun 2008

Kelahiran Satu Ketentuan Kematian Satu Kepastian

Assalamualaikum n a very good day...

Kali nih aku nak sembang2 skit ja....
Aku tulis pasal benda nih sbb td petang aku terpandang parents aku sedang berbual(mcm kembali zaman romatik mrk) plak,ya la anak2 dah besar pjng....mlihat muka mereka yg kadang2 tersenyum,muram,no ekpresi, n mcm2
Aku tertanya apa yg mrk bual kan???? dan aku tertanya sudah cukup kaa nikmat idup yg mrk inginkan??? mereka berasa syukur atau kecewa ngan anak2 mereka.....ntah la hanya Allah yg tahu...

Apa yg ku terbayang bila tiba saat kematian mcm mana aku nak hadapi..tak kisah la parents ku atau aku....kalau parents aku dulu berupaya ka aku nak sedekahkan mereka pahala dan sentiasa doakan mereka....kalau aku yg mati dulu sudah cukup kah sumbangan aku pada mereka...

Aku juga terbayng kalau2 di usia mereka tua(sakit) boleh ka aku nak menjaga mrk seperti mrk jaga aku sampai sebesar ini...

Yg pasti ptg td mengingatkan aku supaya hargai setiap saat selagi masih ada perents aku tuh...aku dlm senyap2 akan intai perents aku dari jauh,cara mrk makan,minum,sembang n everyting....aku cuba rakam semuanya b4 terlambat...

Moga Allah memlihara kita semua daripd segala Kejahatan & kemungkaran

Sabtu, 21 Jun 2008

Kegelapan Lautan


Assalamualaikum n a very good day...


"Atau seperti gelap gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak, yang di atasnya ombak (pula) di atasnya pula awan; gelap gelita yang tindih menindih, apabila dia mengeluarkan tangannya tiadalah dia dapat melihatnya, dan barangsiapa yang tiada diberi cahaya oleh Allah tiadalah dia mempunyai cahaya sedikitpun. Surah An-Nur: 40)


Konotasi drp ayat al-quran di atas menerangkan perihal keadaan dasar lautan. Dasar lautan yg kita ketahui sekarang ini(ramai yg sudah tahu) dimana ianya gelap gelita sebenarnya sudah di terangkan dlm Al-Quran 1400 tahun yg lalu. Tak terfikirkah kalian (yg bijak bestari) akan zaman itu di mana waktu itu tidak ada teknologi sehebat sekarang????


Selaian drp itu ayat di atas juga menerangkn bhw kewujudan atau kejadian ombak bukan shj berlaku di permukaan laut(air), namun di kedalaman air laut yg di panggil internal wave. Ombak ini berlaku akibat perbezaan ketumpatan atau kepekatan air laut mengikut kedalaman yg berbeza. Para saintis zaman moden hanya mengetahui perihal ini tatkala mengunakan alat pengimbas suhu, hal ini kerana internal wave ini tidak dapat dilihat menerusi mata kasar manusia.


That all lah, aku tau 2 perenggan nih pun belum tentu ramai yg baca sbb mula2 ja dah nampak terjemahan Al-Quran. Ya la mana la ramai org Islam yg tertarik ngan Al-Quran, sebaliknya org kafir pun suka kaji Al-Quran(so apa beza Islam n Kafir???) pikir2 kan lah...

Yg baca sampai bwh nih thanks...sbb anda sanggup membaca penulisan aku ini... :)

(ya aku emo tetiba sbb makin ramai org Islam sembang tak mcm Islam)

Aku insan biasa tak perfect mana pun.....

Rabu, 18 Jun 2008

Isu Minyak, Adakah Manusia Mementingkan Diri??



Assalamualaikum n a very good day...

Umum mengetahui bahawa dunia sekarang berhadapan isu / permasalahan harga bahan api yg makin meruncing(naik melonjak tinggi). Jika dulu ditanya apa yg naik dan tak akan turun jawabnya umur,tp sekarang minyak pun dalam situasi yg sama. Apa yg aku nak bicarakan di sini ialah adakah isu minyak nih membuktikan atau mencerminkan sifat rakus manusia yg sgt pentingkan diri.



Jika kita lihat sebelum isu minyak yg plg dahsyat dlm sejarah kenaikan harganya ini melanda, DUNIA digemparkan dengan kematian tragis dan menyanyat hati tatkala Myanmar diLanda taufan yg ganas sehingga di jangka hampir 50,000 orang mati dan hampir 1 juta berisiko mendapat jangkitan penyakit(malaria). Tak lama selepas itu China digegarkan dengan gelombang perut bumi (gempa bumi) yg sangat hebat sehingga beratus ribu orang mati dan mungkin berjuta. Sehingga sekarang mereka masih dilanda masalah yg sgt serius(banjir akibat hampir 60 lebih empangan yg bakal pecah), kemarau dan sebagainya. Kejadian yg paling kerap tahun ini mungkin boleh dikatakan gempa bumi kerana seluruh bahagian lingkaran api pasifik menunjukan aktiviti pergerakan plat2 bumi yg bg aku kira membimbangkan la. mcm bumi nih nak hancur ja.








Pun begitu ada segelintir masyarakat dunia(yg bodoh lagi tolol dan berbapakan hati binatang) yg boleh kata gempa bumi kat China tuh adalah balasan kepd China akibat amalan komunisme mereka dan ini adalah bagus utk mengimbangi populasi manusia di atas muka bumi ini dimana China kan byk penduduk(populasi = 1,321,851,888 manusia ). OK la that's all, THE POINT yg aku nak kaitkan ngan MINYAK ialah isu-isu seperti di Myanmar dan China umpama tengelam (ISU-ISU GLOBAL WARMING) ,dek tamparan hebat isu harga minyak melambung naik. Kita(manusia) umpama tebuan yg di JOLOK sarangnya, penduduk2 seperti di Eropah,Malaysia,India dan ln2 negara tunjuk perasaan akibat harga minyak naik. Ya mmg isu ini sgt membebankan rakyat terutaman golongan pertengahan dan bawah seperti aku(pelajar), semua harga naik melambung walaupun takda kena mengena. Rasa mcm nak kasi melambung ja gigi penjual yg melampau(ok fine aku emo tetiba).


Kita(manusia)terus dan terus dan terus diselubungi kesusahan dan kehangatan akibat kenaikan harga barang. Sedih aku melihat golongan seperti aku yg terpaksa berjimat cermat. Namun aku terasa mcm what the **** bila tgk org buat tunjuk persaan semua nih. Aku bukan la mcm anti ngan depa cuma awat(kenapa) time dunia digemparkan dgn masalah kemanusia kita(manusia len) tak kempen sehebat Aceh kena Tsunami dulu. Bila jadi maslah harga minyak naik kita smua mcm lupa habis....Cuba la fikir kan sapa jugak yg menyebabkan minyak makin berkurangan??kita jugak(manusia), pun kita meramal kan benda nih akan berlaku kenapa kita nak melenting bila ia benar2 berlaku,mcm isu pemanasan global yg kita ramal akan berlaku dan sekarang berlaku namun kita tak melenting or alert sbb kesannya tak melibatkan semua manusia(tak kah itu penting diri)


Semua isu nih berlaku sbb kita(manusia) gak. Cuba lihat Amerika negara penyimpan Minyak Mentah terbesar Dunia, dan mereka suka ja la dok serang negara2 asia barat yg kaya ngan minyak....takkah antara punca jadi mcm nih (isu minyak) mcm ada kena mengena ngan depa(Mereka)?????Selain itu kita juga punca global warming, kita terlalu alpa ngan teknologi sehingga mmbawa kesan beruk eh buruk pada cuaca dunia, semakin kita guna minyak(bahan api) semkin bertambah pencemarn udara. Ya aku pun penyumbang perkara nih,tp aku sedar diri that why bila jadi mcm nih aku mcm redha sbb puncanya kita gak. Mcm isu bekalan makanan!!!! byk pemimpin negara minta negara2 yg ada meyimpan stok makanan yg sgt byk agar mengeluarkan bekalan masing2 so that boleh mengimbangi masalah bekalan makan nih...but tgk la byk mana negara yg do so....


Aku terbayang agak nya apa respon manusia di somalia,palestine, myanmar,china dan negara2 yg mmg kaya ngan masalah kemiskinan kata kat kita..Adakah "hah mereka nih relax ar,belum lagi hidup melarat mcm kami' atau "padan muka mereka,yg kami dok kebuluran nih tak ramai yg peduli" or apa2 ja laaa....


Aku bukan nak menilai atau nak buat pandai apa????just nak bg pendpata adakah Tuhan sengaja menguji kita ngan masalah bahan api nih pada msa yg sama ngan masalah Pemanasan Global utk melihat bagaimana khalifahnya dimuka bumi nih beriaksi dan handle masalah2 nih....


SO apa2 pun hampa(korang) komen ja lah nnt kat aku....thank u evr so much sbb sudi baca...HIDUP MEMBACA


(sangat berdoa agar Isu-isu(harga minyak,barang,pemanasan global) ini dapat ditangani dengan baik jika tidak negara kita mampu muflis(bak kata pemerhati ekonomi)

Khamis, 12 Jun 2008

Mengapa Manusia Perlu Berfikir


Assalamualaikum and a very good day...


Aku sangat suka tgk crita Jimmy Neutron esp. bila dia berfikir secara maximum. Ini mengingatkan aku kita PERLU berfikir. MANUSIA = BINATANG jika kita tak berfikir mcm Darwin..walaupun dia saintis evolusi,anak sedara aku lebih BIJAK dari dia(tahu dia asal dari Adam(manusia)bukan mcm Darwin(beruk)...


Kita berbeza dgn binatang kerana kita mampu berfikir(manusia dlm group Mamalia). Berfikir bukan sekadar biasa namun mampu membezakan BAIK & BURUK serta lain2.


Orang @ kaum @ bangsa yg malas berfikir adalah mereka yg kesian (PITY) sebab mereka nih golongan mcm BINATANG. Ya golongan yg tak ubah seperti binatang, mungkin agak kejam bunyinya namun jika tak kena batang hidung sendiri mengapa terasa hati dan panas telinga.


Aku masih ingat akan kata2 ustazah yg mengatakan bahawa banyak Ayat-ayat dlm Al-Furqan(QUran) yg menyeru manusia utk berfikir.


Jadi tidak dapat disangkal lagi yg membezakan kehinaan manusia drp binatang dan kemulian manusia melebihi malaikat adalah sifat mereka(KITA) yg mampu berfikir(bertunjangkan iman yg mendominasi nafsu).


Pun begitu banyak di antara kita yg berfikir namun kita berfikir bukan seperti sepatutnya(berfikir akan perihal ILmu,kebaikan,teknologi pendek kata seperti apa yg diseru Allah).


Jadi itu lah silapnya Darwin, Albert Einstein dan para saintis yahudi yg lain dimana mrk menjadi gila akibat Terlalu berfikir melampaui batas. Cuba kita lihat bertapa mahsyur dan hebatnya ilmuwan islam spt Al-Farabi,Ibnu Sina,Biruni,Faghani dan sbg. Mereka berfikir berlandaskan+berpandukan Quran. Mungkin kalian(hampa) kata aku nih cakap ja mmg la senang,YA ckp mmg senang masalahnya aku taip payah kot(+ngan maslah tangan berpeluh).


Last but not least, dengan suntikan wahyu manusia berfikir melakar sejarah ketamadunan.


ALANG-ALANG TOPIK BERFIKIR AKU NAK TANYA??????


Terfikirkah anda mengapa perlunya lapisan2 luaran bumi(atmosfera,ozon..) dan PENTINGNYA kutub magnet bumi(UTARA N SELATAN)