Rabu, 19 November 2008

Penciptaan Alam Dengan Teori Big Bang (Bhg 1)

Assalamualaikum and a very good day....

(A)[101] Surah Al- An'aam
(Dia lah) yang menciptakan langit dan bumi. Bagaimanakah Ia mempunyai anak sedang Ia tidak mempunyai isteri?. Ia pula yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Maha Mengetahui akan segala-galanya.


(B)[47] Surah Adz- Dzaariyaat
Dan langit itu Kami dirikan dengan kekuasaan Kami (dalam bentuk binaan yang kukuh rapi). Dan sesungguhnya Kami adalah mempunyai kekuasaan yang luas tidak terhingga.


Sudah lama aku tidak "update" blog aku dengan bahan2 ilmiah, ini kerana aku sibuk dengan perihal "final exam". Baiklah back to back, merujuk kepada teori Big Bang Steven W. Hawking di mana alam semesta ini terbentuk akibat satu siri letupan yg sgt besar yang menyebabkan wujudnya sesuatu drp tiada apa2(maksudnya ruang dan masa dan segala kewujudan itu berkonsep drp TIADA kepada WUJUD secara tiba2).

Hal ini bertepatan dgn ayat Allah dlm surah Al-An'aam di mana Allah menciptakan langit dan bumi dan kita mengetahui kekuasaan Allah dlm mencipta sesuatu serta berkehendak sesuatu(kunfayakun). Menurut Steven W. Hawking teori letupan Big Bang ini terjadi hasil daripada satu kuasa yg sangat besar yg tidak dpt dibayangkan kekuasaannya. Namun Steven W. Hawking tidak menyatakan kuasa itu ialah Tuhan yakni Allah. Para saintis fizik moden tidak dpt lari dari "persoalan" hubungkait tuhan dgn teori Big Bang ini kerana Tenaga, Ruang, serta Masa wujud "just like that" hasil dri letupan hebat ini.


Dlm ayat (B) pula Allah menerangkan bahawa Dia yg menjadikan langit dgn kukuh dan kekuasaanNya sangat Luas. Langit di sini merujuk kepada Alam Semesta "space" atau angkasaraya. Dan Allah menyatakan kekuasaanNya sangat luas dan menurut kata lain dlm Al-Quran juga langit ini mengembang, jadi ia berketepatan dgn maksud "KekuasaanNya sangat Luas".


Sebelum ini dunia Fizik berpendapat bahawa Alam semesta ini bersifat semulajadi dan wujud dr suatu masa yg tidak diketahui (yakni sudah wujud lama sebelum ini). Namun fizik moden kini menyedari bahawa Alam semesta ini wujud dari satu masa permualaan(big bang) dan mengembang secara malar. Ahli Fizik Russia Alexander Friedmann dan Belgian Georges Lemaitre berpendapat hasil dari pengiraan dan pemerhatian mereka bahawa Alam semesta ini bergerak secara malar dan ia mengembang. Teori mereka ini terbukti benar dalam dunia fizik dimana pada tahun 1929 Edwin Hubble dgn teleskopnya membuat pemerhatian alam semesta ini dimana beliau mendapati galaksi-galaksi yg wujud ini sentiasa bergerak menjauhi antara satu dengan yg lain.


Keadaan ini boleh disamakan dengan satu belon yg mengembang namun bayangkan ia mengembang secara INFINITI yakni tidak pecah namun terus mengembang. Begitulah kejadian alam semesta ini dari satu siri letupan yg maha hebat dan ia terus mengembang dgn kelajuan yg sgt hebat juga berserta ruang yg Luas yg kita tidak mmpu utk menilainya sehingga ia di konklusikan sebagai Ifiniti. Jadi benarlah juga teori Fizik moden dimana Tiada objek atau benda yang pegun sebenarnya, ini kerana kita sentiasa bergerak samaada objek dibumi yg bergerak seiring pergerak Bumi mahupun galaksi, ini perihal lain pula. (akan dibincangkan)


Setakat ini perbincangan "Penciptaan Alam Dengan Teori Big Bang" untuk bahagian satu ini kerana masih byk ayat Al-Quran yg berkitan yg perlu diulas. Nantikan Bahagian 2.

Tiada ulasan: