Assalamualaikum and a very good day....
(A)[101] Surah Al- An'aam
(Dia lah) yang menciptakan langit dan bumi. Bagaimanakah Ia mempunyai anak sedang Ia tidak mempunyai isteri?. Ia pula yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Maha Mengetahui akan segala-galanya.
(B)[47] Surah Adz- Dzaariyaat
Dan langit itu Kami dirikan dengan kekuasaan Kami (dalam bentuk binaan yang kukuh rapi). Dan sesungguhnya Kami adalah mempunyai kekuasaan yang luas tidak terhingga.
Sudah lama aku tidak "update" blog aku dengan bahan2 ilmiah, ini kerana aku sibuk dengan perihal "final exam". Baiklah back to back, merujuk kepada teori Big Bang Steven W. Hawking di mana alam semesta ini terbentuk akibat satu siri letupan yg sgt besar yang menyebabkan wujudnya sesuatu drp tiada apa2(maksudnya ruang dan masa dan segala kewujudan itu berkonsep drp TIADA kepada WUJUD secara tiba2).
Hal ini bertepatan dgn ayat Allah dlm surah Al-An'aam di mana Allah menciptakan langit dan bumi dan kita mengetahui kekuasaan Allah dlm mencipta sesuatu serta berkehendak sesuatu(kunfayakun). Menurut Steven W. Hawking teori letupan Big Bang ini terjadi hasil daripada satu kuasa yg sangat besar yg tidak dpt dibayangkan kekuasaannya. Namun Steven W. Hawking tidak menyatakan kuasa itu ialah Tuhan yakni Allah. Para saintis fizik moden tidak dpt lari dari "persoalan" hubungkait tuhan dgn teori Big Bang ini kerana Tenaga, Ruang, serta Masa wujud "just like that" hasil dri letupan hebat ini.
Dlm ayat (B) pula Allah menerangkan bahawa Dia yg menjadikan langit dgn kukuh dan kekuasaanNya sangat Luas. Langit di sini merujuk kepada Alam Semesta "space" atau angkasaraya. Dan Allah menyatakan kekuasaanNya sangat luas dan menurut kata lain dlm Al-Quran juga langit ini mengembang, jadi ia berketepatan dgn maksud "KekuasaanNya sangat Luas".
Sebelum ini dunia Fizik berpendapat bahawa Alam semesta ini bersifat semulajadi dan wujud dr suatu masa yg tidak diketahui (yakni sudah wujud lama sebelum ini). Namun fizik moden kini menyedari bahawa Alam semesta ini wujud dari satu masa permualaan(big bang) dan mengembang secara malar. Ahli Fizik Russia Alexander Friedmann dan Belgian Georges Lemaitre berpendapat hasil dari pengiraan dan pemerhatian mereka bahawa Alam semesta ini bergerak secara malar dan ia mengembang. Teori mereka ini terbukti benar dalam dunia fizik dimana pada tahun 1929 Edwin Hubble dgn teleskopnya membuat pemerhatian alam semesta ini dimana beliau mendapati galaksi-galaksi yg wujud ini sentiasa bergerak menjauhi antara satu dengan yg lain.
Keadaan ini boleh disamakan dengan satu belon yg mengembang namun bayangkan ia mengembang secara INFINITI yakni tidak pecah namun terus mengembang. Begitulah kejadian alam semesta ini dari satu siri letupan yg maha hebat dan ia terus mengembang dgn kelajuan yg sgt hebat juga berserta ruang yg Luas yg kita tidak mmpu utk menilainya sehingga ia di konklusikan sebagai Ifiniti. Jadi benarlah juga teori Fizik moden dimana Tiada objek atau benda yang pegun sebenarnya, ini kerana kita sentiasa bergerak samaada objek dibumi yg bergerak seiring pergerak Bumi mahupun galaksi, ini perihal lain pula. (akan dibincangkan)
Setakat ini perbincangan "Penciptaan Alam Dengan Teori Big Bang" untuk bahagian satu ini kerana masih byk ayat Al-Quran yg berkitan yg perlu diulas. Nantikan Bahagian 2.
Memaparkan catatan dengan label Sains Fizik dan Al-Quran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sains Fizik dan Al-Quran. Papar semua catatan
Rabu, 19 November 2008
Sabtu, 21 Jun 2008
Kegelapan Lautan
Assalamualaikum n a very good day...
"Atau seperti gelap gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak, yang di atasnya ombak (pula) di atasnya pula awan; gelap gelita yang tindih menindih, apabila dia mengeluarkan tangannya tiadalah dia dapat melihatnya, dan barangsiapa yang tiada diberi cahaya oleh Allah tiadalah dia mempunyai cahaya sedikitpun. Surah An-Nur: 40)
Konotasi drp ayat al-quran di atas menerangkan perihal keadaan dasar lautan. Dasar lautan yg kita ketahui sekarang ini(ramai yg sudah tahu) dimana ianya gelap gelita sebenarnya sudah di terangkan dlm Al-Quran 1400 tahun yg lalu. Tak terfikirkah kalian (yg bijak bestari) akan zaman itu di mana waktu itu tidak ada teknologi sehebat sekarang????
Selaian drp itu ayat di atas juga menerangkn bhw kewujudan atau kejadian ombak bukan shj berlaku di permukaan laut(air), namun di kedalaman air laut yg di panggil internal wave. Ombak ini berlaku akibat perbezaan ketumpatan atau kepekatan air laut mengikut kedalaman yg berbeza. Para saintis zaman moden hanya mengetahui perihal ini tatkala mengunakan alat pengimbas suhu, hal ini kerana internal wave ini tidak dapat dilihat menerusi mata kasar manusia.
That all lah, aku tau 2 perenggan nih pun belum tentu ramai yg baca sbb mula2 ja dah nampak terjemahan Al-Quran. Ya la mana la ramai org Islam yg tertarik ngan Al-Quran, sebaliknya org kafir pun suka kaji Al-Quran(so apa beza Islam n Kafir???) pikir2 kan lah...
Yg baca sampai bwh nih thanks...sbb anda sanggup membaca penulisan aku ini... :)
(ya aku emo tetiba sbb makin ramai org Islam sembang tak mcm Islam)
Aku insan biasa tak perfect mana pun.....
Selasa, 27 Mei 2008
Fizik Dan Malaikat
Assalamualaikum and a very good day..... Pernahkah kita terfikir bahawa hukum-hukum fizik sebenarnya satu rahsia Allah swt yang inginkan manusia memerhati dan mengkaji akan kebenaran Al-Quran dan mengakui akan kebesaranNya. Malaikat mempunyai ciri-ciri yang berkaitan dengan hukum fizik yakni cahaya. Sebelum itu mari kita singkap ciri-ciri malaikat;
1. Malaikat dicipta Allah daripada cahaya Sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan daripada Aisyah ra :
"Malaikat dicipta daripada cahaya, jin dicipta daripada api dan manusia dicipta daripada apa yang diceritakan kepadamu (tanah)" [Riwayat Muslim]
2. Malaikat tiada nafsu serta berkehendakan sesuatu.
Dan mereka berkata: "Mengapa rasul itu memakan makanan dan berjalan di pasar-pasar? Mengapa tidak diturunkan kepadanya seorang malaikat agar malaikat itu memberikan peringatan bersama- sama dengan dia?" [Al-Furqaan : 7]
3. Malaikat patuh dan taat melaksanakan perintah Allah tanpa mempersoal dan membantah .
Sesungguhnya malaikat-malaikat yang ada di sisi Tuhanmu tidaklah merasa enggan menyembah Allah dan mereka mentasbihkan-Nya dan hanya kepada-Nya-lah mereka bersujud [Al-A'raaf : 206]
4. Malaikat dikurniakan Allah mempunyai kekuatan .
Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Tuhanmu di atas (kepala) mereka. [Al-Haaqqah : 17]
5. Malaikat boleh berubah bertukar dan menyerupa menjadi apa jua bentuk dengan izin Allah.
Dan tatkala datang utusan-utusan Kami (para malaikat) itu kepada Luth, dia merasa susah dan merasa sempit dadanya karena kedatangan mereka, dan dia berkata: "Ini adalah hari yang amat sulit" [Huud : 77]
Konotasi ayat-ayat suci Al-Quran di atas seharusnya menjana minda kita sebagai muslim akan hubungkait kejadian malaikat dan rahsia kebesaran Allah. Sebenarnya malaikat merupakan jamak kepada perkataan Arab iaitu 'malak' yang bermaksud daya (force). Jika anda masih ingat cayaha bergerak dalam bentuk gelombang elektromagnet yang bersifat cahaya nampak(dapat dilihat) serta membawa tenaga dan momentum. Tidakkah malaikat itu tercipta daripada cahaya dan sifat cahaya yakni gelombang elektromagnet mampu bergerak melalui ruang vakum(angkasa), dan bergerak dengan kepantasan 299,792,458 meter sesaat. Ini membenarkan serta mengukuhkan lagi firman Allah;
dan (malaikat-malaikat) yang terbang dengan kencangnya [Al-Mursalaat : 2]
Umum mengetahui bahawa malaikat ditugaskan Allah dengan tugasan-tugasan tertentu seperti menurunkan hujan. Secara ringkas sains menerangkan proses hujan hasil daripada air bumi(laut,sungai dll) tersejat(mengewap) ke udara dan terkondensasi dengan udara sejuk membentuk titisan hujan. Air bumi ini tersejat dengan kehadiran haba yang dibekalkan oleh matahari melalui medium cayaha. Haba pula adalah antara bentuk tenaga yang dapat dipindahkan namun mustahil untuk dimusnahkan dan dicipta oleh manusia. Bukankah ini membuatkan kita terfikir bahawa malaikat yang ditugaskan untuk menurunkan hujan itu dicipta dari cahaya dan hanya melalui cahaya tenaga matahari dibawa kebumi. Namun jangan terkeliru, cahaya yang kita lihat itu bukan bermaksud itu malaikat.
Di akhir kata ingin saya bertanya, pernahkah ada hukum fizik seperti cahaya bergerak lurus, hukum graviti, hukum daya dan lain-lainnya menongkah arus yakni melawan hukum masing-masing. Pastinya tidak, jadi bernarlah sifat malaikat itu sentiasa patuh pada perintah yang Maha Agung yakni Allah. Kerana malaikat itu dicipta daripada cahaya dan terikat serta berhubungkait dengan hukum fizik iaitu cahaya. Sebenarnya masih banyak bukti-bukti lain yang saling berkaitan akan penciptaan malaikat ini. Semuanya terletak pada kita untuk menyingkapnya.

Langgan:
Catatan (Atom)