Memaparkan catatan dengan label Apa Yg Aku Fikir (AYAF). Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Apa Yg Aku Fikir (AYAF). Papar semua catatan

Isnin, 17 November 2008

Mmber slalu LUPA kwn bila ada Si Dia

Assalamualaikum n a very good day....



Aku rasa ramai yg setuju bila aku kata mmber cenderung utk lupa kwn2 dia yg kamcheng seblum nih atau berlaku konflik bila dia mula tumpu perhatian pada Si Dia.....




Hal ini byk berlaku dlm kehidupan aku juga sahabat2 seperjuangan aku sekrang. Sering berlaku konflik antara kami sehinggakan ada yg bermasam muka atau mahu bertelingkah. Lebih menyakitkan hati bila Member kita tuh sudah mula payah utk hang out ngan kita atau pun sudah pandai nak tipu(walaupun akhirnya kantoi), semata2 kerana nak spend time ngan GADIS. PALING aku benci dan meluat bila ada gak yg OBSES ngan awek???(sangat gila)




Ya mmg itu hak peribadi dia utk menentukan sapa dia nak kwan dan hang out apa semua. Tapi kita perlu ingat antara mmber ngan awek/pakwe, member lebih penting dlm kehidupan seharian...

Kita ngan mmber mmg ada simbiosis yakni kita saling bersandaran. As a student mustahil hampa(korang) boleh hidup seorangan.



Selalu bila hubungan ngan awek/pakwe sudah mula goyah baru time tuh kita akan mula kembali mendapatkan sokongan member2...tak malu ka?? ingat mmber2 tuh biol takda perasaan..(ya aku agak emo di sini). Aku acap kali melihat mmber2 sekeliling aku berkonflik gara2 hal awek..

Ada juga yg bila berlaku konflik dgn awek/pakwe dia mula merebak ngan member,cthnya lepas geram kat member,bermasam muka bila member tegur, serta buat muka mcm tempee basi sampai member naik terasa ketenganganya...



SO sebagai penutup aku harap kita lebih bijak meletakan Priority utk Member lebih dari awek atau pakwe.....tp terpulang lah, sbb nih adalah hak masing2




Kita perlu ingat bila kita hidup sebagai pelajar sahabatlah teman suka duka kita. Walaupun ada yg tak ikhlas namun depa(mereka) adalah org tedekat kita....

Kalau kita nak sgt bercouple atleast jgn la lupa member atau terlalu byk bg tumpuan terhadap awek/pakwe.

Isnin, 29 September 2008

Perlukah berPolitik sehingga berpecah belah

Assalamualaikum n a very good day.....

Kali ini isu yg nak diperkatakan adalah lebih fokus kpd perpaduan. Jika kita lihat negara kita pada waktu ni boleh dikatakan ia didlm waktu kritikal dimana etnik terbesar Melayu semakin berpecah belah dan bila2 masa saja mampu dihapuskan n dilumat2kan....

Dr sudut pandangan aku kaum yg kononnya semua beragama Islam namun tak semua mengalamalkan prinsip2 Islam(Melayu) ini semakin ghairah menjamah kekayaan dan hati mereka makmur dgn kepentingan diri(selfish). Kita lebih fokus kepada parti politik masing2 yg percaya bhw prinsip mereka yg lebih betul.

Ada seorg pakcik yg BOdoh tahap tapir n tenuk sehingga sanggup menghina kaum sendiri di hadapan kaum len di BUlan posa plak. Kaum Melayu aku ini semakin menjadi2 sehingga hal ehwal agama trut menjadi agenda. Ya mmg zaman Rasulullah agama dan politik takdapat dipisahkan begitu juga sekarang,namun waktu itu agama menguasai politik bukan politik menguasai agama seperti sekarang....

Kita sanggup membuka aib,fitnah dan memperkotak-katikkan saudara seagama namun berbza fahaman politik secara terbuka dan diketahui kaum lain(yg kafir,munafik). Menurut Ibn Khaldun kita seharusnya tegur-menegur akan perihal yg kita tidak suka secara tertutup kepd saudara kita,agak musuh Islam(DAP n len2)tidak ketawa terbahak2 dek melihat masyarakat Islam porak peranda. Lihatlah Teressa KOk,yg semakin berani menghina Islam dan semkin ghairah menghentam serta mengeluarkan isu2 yg berbaur perkauman,namun kita hanya semakin pertelingkah dan ada yg buat dunno ja ngan isu2 sensitif ini....

Bg kaum pelajar,aku berharap hentikan lah persengketaan Politik. Tak payah lah dok gedik,menyangkak(means sama mcm kera kena belacan) n len2 lg dgn menyebar artikel berbaur politik konon nak tunjuk smgt parti. Kita sendiri tak tau apa sebenarnya perjuangan parti tuh. kalu brani sgt awat tak join sungguh2(tau plak takut kena buang U). SO hentikanlah berpolitik buat seketika dan fokus lah utk menyatukan kembali Kaum Melayu kita dan meningkatkan lagi semangat persaudaraan Islam(ukhuwwah).



Tidak kah kalian terpikiaq(pikir) bhwa kita hanya terikut2 dan diperbodohkan dgn Ideologi2 pemimpin yg ntah apa2 status mereka sekarang ini. Cuba kita jgn ikut rentak politik sekrng sebaliknya kita cuba satukan kembali Saudara kita dibwh kalimah syahadah. NIh tidak ada mber2 kat UiTM yg hayal bercinta, bergay+lesbian, pengkid n mcm2 lagik. ada yg sape(kedekut) ILmu,bila kawan tanya buat2 taktau).. ingat lah "bersatu teguh bercerai roboh).

Kita seharusnya Ambik kesempatan di UiTM utk menyatukan kembalik Kaum KIta dan mengilmukan serta menguasai Ilmu yg ada.Jgn senario(bukan senario lagi) politik masa dpn sama mcm kata Mufti Perlis...kita bukan memilih pemimpin terbaik dikalangan terbaik namun yg teruk dikalgan terlampau teruk....

Bersatulah Kerana Agama!!!

Rabu, 18 Jun 2008

Isu Minyak, Adakah Manusia Mementingkan Diri??



Assalamualaikum n a very good day...

Umum mengetahui bahawa dunia sekarang berhadapan isu / permasalahan harga bahan api yg makin meruncing(naik melonjak tinggi). Jika dulu ditanya apa yg naik dan tak akan turun jawabnya umur,tp sekarang minyak pun dalam situasi yg sama. Apa yg aku nak bicarakan di sini ialah adakah isu minyak nih membuktikan atau mencerminkan sifat rakus manusia yg sgt pentingkan diri.



Jika kita lihat sebelum isu minyak yg plg dahsyat dlm sejarah kenaikan harganya ini melanda, DUNIA digemparkan dengan kematian tragis dan menyanyat hati tatkala Myanmar diLanda taufan yg ganas sehingga di jangka hampir 50,000 orang mati dan hampir 1 juta berisiko mendapat jangkitan penyakit(malaria). Tak lama selepas itu China digegarkan dengan gelombang perut bumi (gempa bumi) yg sangat hebat sehingga beratus ribu orang mati dan mungkin berjuta. Sehingga sekarang mereka masih dilanda masalah yg sgt serius(banjir akibat hampir 60 lebih empangan yg bakal pecah), kemarau dan sebagainya. Kejadian yg paling kerap tahun ini mungkin boleh dikatakan gempa bumi kerana seluruh bahagian lingkaran api pasifik menunjukan aktiviti pergerakan plat2 bumi yg bg aku kira membimbangkan la. mcm bumi nih nak hancur ja.








Pun begitu ada segelintir masyarakat dunia(yg bodoh lagi tolol dan berbapakan hati binatang) yg boleh kata gempa bumi kat China tuh adalah balasan kepd China akibat amalan komunisme mereka dan ini adalah bagus utk mengimbangi populasi manusia di atas muka bumi ini dimana China kan byk penduduk(populasi = 1,321,851,888 manusia ). OK la that's all, THE POINT yg aku nak kaitkan ngan MINYAK ialah isu-isu seperti di Myanmar dan China umpama tengelam (ISU-ISU GLOBAL WARMING) ,dek tamparan hebat isu harga minyak melambung naik. Kita(manusia) umpama tebuan yg di JOLOK sarangnya, penduduk2 seperti di Eropah,Malaysia,India dan ln2 negara tunjuk perasaan akibat harga minyak naik. Ya mmg isu ini sgt membebankan rakyat terutaman golongan pertengahan dan bawah seperti aku(pelajar), semua harga naik melambung walaupun takda kena mengena. Rasa mcm nak kasi melambung ja gigi penjual yg melampau(ok fine aku emo tetiba).


Kita(manusia)terus dan terus dan terus diselubungi kesusahan dan kehangatan akibat kenaikan harga barang. Sedih aku melihat golongan seperti aku yg terpaksa berjimat cermat. Namun aku terasa mcm what the **** bila tgk org buat tunjuk persaan semua nih. Aku bukan la mcm anti ngan depa cuma awat(kenapa) time dunia digemparkan dgn masalah kemanusia kita(manusia len) tak kempen sehebat Aceh kena Tsunami dulu. Bila jadi maslah harga minyak naik kita smua mcm lupa habis....Cuba la fikir kan sapa jugak yg menyebabkan minyak makin berkurangan??kita jugak(manusia), pun kita meramal kan benda nih akan berlaku kenapa kita nak melenting bila ia benar2 berlaku,mcm isu pemanasan global yg kita ramal akan berlaku dan sekarang berlaku namun kita tak melenting or alert sbb kesannya tak melibatkan semua manusia(tak kah itu penting diri)


Semua isu nih berlaku sbb kita(manusia) gak. Cuba lihat Amerika negara penyimpan Minyak Mentah terbesar Dunia, dan mereka suka ja la dok serang negara2 asia barat yg kaya ngan minyak....takkah antara punca jadi mcm nih (isu minyak) mcm ada kena mengena ngan depa(Mereka)?????Selain itu kita juga punca global warming, kita terlalu alpa ngan teknologi sehingga mmbawa kesan beruk eh buruk pada cuaca dunia, semakin kita guna minyak(bahan api) semkin bertambah pencemarn udara. Ya aku pun penyumbang perkara nih,tp aku sedar diri that why bila jadi mcm nih aku mcm redha sbb puncanya kita gak. Mcm isu bekalan makanan!!!! byk pemimpin negara minta negara2 yg ada meyimpan stok makanan yg sgt byk agar mengeluarkan bekalan masing2 so that boleh mengimbangi masalah bekalan makan nih...but tgk la byk mana negara yg do so....


Aku terbayang agak nya apa respon manusia di somalia,palestine, myanmar,china dan negara2 yg mmg kaya ngan masalah kemiskinan kata kat kita..Adakah "hah mereka nih relax ar,belum lagi hidup melarat mcm kami' atau "padan muka mereka,yg kami dok kebuluran nih tak ramai yg peduli" or apa2 ja laaa....


Aku bukan nak menilai atau nak buat pandai apa????just nak bg pendpata adakah Tuhan sengaja menguji kita ngan masalah bahan api nih pada msa yg sama ngan masalah Pemanasan Global utk melihat bagaimana khalifahnya dimuka bumi nih beriaksi dan handle masalah2 nih....


SO apa2 pun hampa(korang) komen ja lah nnt kat aku....thank u evr so much sbb sudi baca...HIDUP MEMBACA


(sangat berdoa agar Isu-isu(harga minyak,barang,pemanasan global) ini dapat ditangani dengan baik jika tidak negara kita mampu muflis(bak kata pemerhati ekonomi)

Khamis, 12 Jun 2008

Mengapa Manusia Perlu Berfikir


Assalamualaikum and a very good day...


Aku sangat suka tgk crita Jimmy Neutron esp. bila dia berfikir secara maximum. Ini mengingatkan aku kita PERLU berfikir. MANUSIA = BINATANG jika kita tak berfikir mcm Darwin..walaupun dia saintis evolusi,anak sedara aku lebih BIJAK dari dia(tahu dia asal dari Adam(manusia)bukan mcm Darwin(beruk)...


Kita berbeza dgn binatang kerana kita mampu berfikir(manusia dlm group Mamalia). Berfikir bukan sekadar biasa namun mampu membezakan BAIK & BURUK serta lain2.


Orang @ kaum @ bangsa yg malas berfikir adalah mereka yg kesian (PITY) sebab mereka nih golongan mcm BINATANG. Ya golongan yg tak ubah seperti binatang, mungkin agak kejam bunyinya namun jika tak kena batang hidung sendiri mengapa terasa hati dan panas telinga.


Aku masih ingat akan kata2 ustazah yg mengatakan bahawa banyak Ayat-ayat dlm Al-Furqan(QUran) yg menyeru manusia utk berfikir.


Jadi tidak dapat disangkal lagi yg membezakan kehinaan manusia drp binatang dan kemulian manusia melebihi malaikat adalah sifat mereka(KITA) yg mampu berfikir(bertunjangkan iman yg mendominasi nafsu).


Pun begitu banyak di antara kita yg berfikir namun kita berfikir bukan seperti sepatutnya(berfikir akan perihal ILmu,kebaikan,teknologi pendek kata seperti apa yg diseru Allah).


Jadi itu lah silapnya Darwin, Albert Einstein dan para saintis yahudi yg lain dimana mrk menjadi gila akibat Terlalu berfikir melampaui batas. Cuba kita lihat bertapa mahsyur dan hebatnya ilmuwan islam spt Al-Farabi,Ibnu Sina,Biruni,Faghani dan sbg. Mereka berfikir berlandaskan+berpandukan Quran. Mungkin kalian(hampa) kata aku nih cakap ja mmg la senang,YA ckp mmg senang masalahnya aku taip payah kot(+ngan maslah tangan berpeluh).


Last but not least, dengan suntikan wahyu manusia berfikir melakar sejarah ketamadunan.


ALANG-ALANG TOPIK BERFIKIR AKU NAK TANYA??????


Terfikirkah anda mengapa perlunya lapisan2 luaran bumi(atmosfera,ozon..) dan PENTINGNYA kutub magnet bumi(UTARA N SELATAN)

Selasa, 10 Jun 2008

Sahabat Atau Kekasih Mana Lagi Penting


Assalamualaikum and a very good day....

Kalau hampa(anda@korang) kata keduanya sahabat dan kekasih sama penting memang hampa menipu semata-mata. Aku sangat pantang bila ada sahabat yang bila dah berkasih mula la menyebabkan hubungan dengan mmber terganggu, kalau tak banyak sikit mesti ada (kalu korang tak caya tanya ja member yg len,itu pun kalu depa(diaorang) jujur nak ckp)

Pentingnya sahabat MENDAHULUI kekasih kerana????
-Bila time study mesti dengan sahabat sebab member2 mahir dengan minat masing(math,CPP n blablabla)

-Bila duit takda for sure pinjam dulu kat member, nak pinjam kat awek@pakwe kononnya segan(MALU),even sesetgh kes nak blanja awek pun minta duit member (sbb duit PTPTN dah kering)

-Bila tension ngan kekasih member la tempat plg mudah,cepat dan mesra utk dilepaskan(kaunseling,tengkingling,makiling,balingling n blablabla) kekadg member terlibat secara tak sengaja ngan masalah dia n kekasih(nyusah kawan ja mmg BODOH gila kawan mcm tuh)

-Bila kedit habis dan boring baru la nak sembang2 n carik member

-Bila kesusahan xcident la,demam la,mcm2 la sapa yang paling membantu mesti la member(len la kalau member tuh mmg buta hati takda perasaan)

-Bila nak kuar jumpa kekasih pun minta tolong kawan (pinjam baju,kereta,duit,masa n blablabla)

So bagi aku kawan lebih penting dari kekasih sebab sebelum kita kenal kekasih kawan yg plg byk babak dia dalam layar kehidupan kita,bagi yg tak reti kwan tuh len cita la naaa,tapi aku pelik mengapa ada lelaki or wanita yang terhegeh-hegeh nak ada kekasih padahal sebelum tuh dah penah clash patuh mula moody,tension dan tak kurang ada bunuh-membunuh sampai terbunuh diri ,rata-rata aku tgk org yang bercinta mesti bermasalah ja(konon dalam percintaan besa la ada asam garam) tp nak Ikutkan Islam percintaan yang disisi syarak hanyalah Perkahwinan,yg dok berkepit terkepit-kepit tuh buat dosa ja...

Bagi member yang bukan Islam diluar sana jgn salah faham!! Islam tak halang manusia bercinta berkasih tapi Islam ada melandaskan hukum-hakam...demi kebaikkan manusia sejagat juga....klau tak paham tanya ja guru agama islam tau member muslim yg ok..or just Komen aku..insyallah aku tlg jwbkan...

Bukan la aku nak kata hampa tak bleh bercinta(gila apa nak lawan fitrah manusia mcm Darwin) cuma bila bercinta jgn la lupa member dan ingat2 la kita tuh org Islam i repeat org Islam. PANTANG aku bila org bercinta then bermasalah dok tunjuk masalah tuh sgt2 depan member ku rasa mcm nak Lempang ja.....so pikir2kan lah..adakah anda selalu menyakiti hati mmber bila bercinta?????secara sedar,separa sedar,atau tak sedar....

Cerita Angan2 Mat Jenin ada Relavennya


Assalamualaikum and a very good day....

Sebenarnya aku mendapat idea utk tulis topik ni sbb ada kawan aku mengadu dia pernah diperli dan dikutuk lebih ganas dihina lebih kurang macam nih "itulah hang orang klau nak berjaya jangan asyik nak berangan(berimiginasi)".

Mungkin dia maksudkan berangan yang buang masa,tp lupakah dia bahawa sahabat dia nih seorang pelajar yang bijak juga kalu ikut result dia.

The point is, sebenarnya imiginasi kita merupakan sesuatu yang tidak seharusnya diketepikan, seumpama mimpi yg ada pendapat mengatakan mimpi bukan sekadar mainan tidur. Dalam Islam mimpi yang baik datangnya daripada Allah dan yang buruk itu akibat gangguan syaitan. Imiginasi kita berkenaan sesuatu akan membuatkan otak kita terfokus akan prihal benda yang kita nak buat tuh,ditambah plak ia akan menjadikan idea kita lebih kreatif. Aku pernah terbaca ada seorang pereka satelit angkasa NASA yang mendapat idea hasil daripada tidurnya dan sebenarnya ramai saintis,jurutera dan lain2 profesion yang mempunyai cerita yang sama.

Sedar atau tidak sebagai pelajar jika kita study sebelum tido(normal la tuh) tidur kita akan bermimpikan bendalah2 yang kita study sebelum tue, ini lagi dasyat kalau kita takleh nak selesaikan satu maslah atau time nak dekat2 exam.

Aku ada mmber yang mengigau time tido..so time dia tido aku sedang study..tahu apa yang berlaku dia mengigau sambil berkata2 akan persamaan matematik yg dia dan aku study sebelum tuh. Ikut pengalaman sendiri aku pun pernah mcm tuh dan agak selalu bila aku betoi2 fokus pada study....

So konklusinya amatlah tak wajar dan tak patut salahkan terus cerita angan2 mat jenin yang sebenarnya mmpu membawa minda kanak2 utk berimiginasi,yg penting berimiginasi akan benda yang bermanfaat...Allah tak cipta sesuatu th ngan sia2 so mimpi pun bukan lah benda yang sia2..ingat tuh...lagi satu hal, tido yang cukup amat penting..ingat

Buat Bodoh Lebih Baik Daripada Buat Pandai


Assalamualaikum and a very good day....
Sebelum ini aku hanya mempromosikan kata2 yang aku "randomly" terpikir sbb aku bengang ngan "somebody". Apa maksud aku ngan "buat bodoh lebih baik daripada buat pandai".

Aku bagi contoh, katakan kita buat experimen kimia(aku ambik kejuruteraan kimia) dalam kumpulan. Kita tahu cara nak buat langkah demi langkah tapi sengaja buat taktau. Manfaatnya kita boleh tengok sejauh mana ahli group kita yang betul2 fokus dan serius dalam kerjanya. Sebab kalu buat pandai nanti ahli group yg mmg pemalas akan terus lepas tangan..


Dan lagi kalu buat pandai silap2 kita nampak lebih bodoh dari buat bodo. Alasannya sekali benda yang kita buat pandai tuh silap, orang dengan sedap mulutnya kata "ambik hang buat pandai sgt,blagak mcm reti padahal tgk la apa dah jadi", tentu sekali kita takmau dihentam setempek mcm tuh kan...


Selain dprd tuh, lebih baik kita buat bodo(humble)rendah diri so that org akan kata "budak tuh low profile mcm bodoh taktau apa ja". Tapi sekali kita menonjol,penonjolan kita tuh pasti gempak dan style gila lah...


Last but not least, kata2 aku "Buat Bodoh Lebih Baik Daripada Buat Pandai" hanya sesuai untuk sesetgh situasi bukan semua....so pikiaq2 la dulu pastu bru komen,klau tak puas hati ANDA CUMA PERLU KOMEN!!! with that thanks... :)

Ledakkan Pertama Minda Ku


Assalamualaikum and a very good day....

Ini kali pertama setelah aku menghasilkan blog berkenaan fakta dan pengunaan ayat yang agak teratur(ikut skema). Tapi kali ini adalah masanya untuk aku mula menyuarakan apa kata mindaku dek penerokaan aku melihat bloq sesetengah insan yang bijak dan ikhlas menyuarakan pendapat masing-masing dengan indentiti tersendiri. Namun ada juga makhluk tuhan yang cuba menghentam individu ikut suka hati binatang yang ada dalam diri.(maaf agak kasar)