Sabtu, 28 Jun 2008

Keburukan dan Kebaikan Arak(Alkohol) dlm Al-Quran



Assalamualaikum and a very good day....


Petikan daripada surah Al baqarah
[219]Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: “Dermakanlah – apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir:

Konotasi drpd ayat di atas telah diterangkan berkenaan kewujudan HC alkohol. Allah swt telah menyebut bahawasanya arak(minuman yg mengandungi alkohol) itu haram di mana ia merupakan dosa besar. Namun dalam ayat seterusnya Allah telah menyatakan akan manfaat alkohol itu sendiri kepada manusia. Nah bukankah pada dunia sekarang alkohol merupakan sesuatu yang sangat penting di sebalik kemudaratannya. Alkohol menjadi keperluan ataupun kemestian di dalam bidang perubatan, perindustrian, pengesteran dan berbagai lagi. Dalam bidang perubatan kita dapat lihat alkohol memainkan peranan sebagai bius yakni ubat kebas.

Sedar atau tidak ketika sebelum kita di suntik alkohol akan di sapukan di bahagian tersebut agar ia terasa sejuk bagi mengurangkan kesakitan yang di alami manusia. Dengan sifat alkohol yang cpat meruap ke udara pula ia telah menjadi elemen terpenting dalam pembuatan pewangi beralkohol. Ini amat penting kerana pewangi beralkohol mampu mengatasi masalah bau badan bagi individu yang mempunyai masalah peluh berlebihan. Mengikut mazhab Syafie pengunaan alkohol dalam solat sebagai pewangi adalah harus bagi individu yang tidak mempunyai pilihan lain untuk mengatasi masalah bau badan. Selain itu pengunaan alkohol dalam pengesteran adalah untuk di campurkan dengan asid karboksilik dan elemen-elemen lain bagi menghasikan bau-bauan seperti buah-buahan, bunga dan sebagainya.

Jika Allah itu tidak Maha Mengetahui nescaya alkohol ini tidak akan disebut dalam Al-Quran dan tidak pula manusia mampu mengunakan manfaat alkohol tersebut. Namun kebaikan dan keburukan alkohol terletak kepada manusia itu sendiri kerana manusia sudah dikurniakan akal untuk berfikir dan menyingkap ke-agungan Allah swt....Thanks kerana membca daripd awal dan akhir...

Tiada ulasan: