Rabu, 18 Jun 2008

Isu Minyak, Adakah Manusia Mementingkan Diri??



Assalamualaikum n a very good day...

Umum mengetahui bahawa dunia sekarang berhadapan isu / permasalahan harga bahan api yg makin meruncing(naik melonjak tinggi). Jika dulu ditanya apa yg naik dan tak akan turun jawabnya umur,tp sekarang minyak pun dalam situasi yg sama. Apa yg aku nak bicarakan di sini ialah adakah isu minyak nih membuktikan atau mencerminkan sifat rakus manusia yg sgt pentingkan diri.



Jika kita lihat sebelum isu minyak yg plg dahsyat dlm sejarah kenaikan harganya ini melanda, DUNIA digemparkan dengan kematian tragis dan menyanyat hati tatkala Myanmar diLanda taufan yg ganas sehingga di jangka hampir 50,000 orang mati dan hampir 1 juta berisiko mendapat jangkitan penyakit(malaria). Tak lama selepas itu China digegarkan dengan gelombang perut bumi (gempa bumi) yg sangat hebat sehingga beratus ribu orang mati dan mungkin berjuta. Sehingga sekarang mereka masih dilanda masalah yg sgt serius(banjir akibat hampir 60 lebih empangan yg bakal pecah), kemarau dan sebagainya. Kejadian yg paling kerap tahun ini mungkin boleh dikatakan gempa bumi kerana seluruh bahagian lingkaran api pasifik menunjukan aktiviti pergerakan plat2 bumi yg bg aku kira membimbangkan la. mcm bumi nih nak hancur ja.








Pun begitu ada segelintir masyarakat dunia(yg bodoh lagi tolol dan berbapakan hati binatang) yg boleh kata gempa bumi kat China tuh adalah balasan kepd China akibat amalan komunisme mereka dan ini adalah bagus utk mengimbangi populasi manusia di atas muka bumi ini dimana China kan byk penduduk(populasi = 1,321,851,888 manusia ). OK la that's all, THE POINT yg aku nak kaitkan ngan MINYAK ialah isu-isu seperti di Myanmar dan China umpama tengelam (ISU-ISU GLOBAL WARMING) ,dek tamparan hebat isu harga minyak melambung naik. Kita(manusia) umpama tebuan yg di JOLOK sarangnya, penduduk2 seperti di Eropah,Malaysia,India dan ln2 negara tunjuk perasaan akibat harga minyak naik. Ya mmg isu ini sgt membebankan rakyat terutaman golongan pertengahan dan bawah seperti aku(pelajar), semua harga naik melambung walaupun takda kena mengena. Rasa mcm nak kasi melambung ja gigi penjual yg melampau(ok fine aku emo tetiba).


Kita(manusia)terus dan terus dan terus diselubungi kesusahan dan kehangatan akibat kenaikan harga barang. Sedih aku melihat golongan seperti aku yg terpaksa berjimat cermat. Namun aku terasa mcm what the **** bila tgk org buat tunjuk persaan semua nih. Aku bukan la mcm anti ngan depa cuma awat(kenapa) time dunia digemparkan dgn masalah kemanusia kita(manusia len) tak kempen sehebat Aceh kena Tsunami dulu. Bila jadi maslah harga minyak naik kita smua mcm lupa habis....Cuba la fikir kan sapa jugak yg menyebabkan minyak makin berkurangan??kita jugak(manusia), pun kita meramal kan benda nih akan berlaku kenapa kita nak melenting bila ia benar2 berlaku,mcm isu pemanasan global yg kita ramal akan berlaku dan sekarang berlaku namun kita tak melenting or alert sbb kesannya tak melibatkan semua manusia(tak kah itu penting diri)


Semua isu nih berlaku sbb kita(manusia) gak. Cuba lihat Amerika negara penyimpan Minyak Mentah terbesar Dunia, dan mereka suka ja la dok serang negara2 asia barat yg kaya ngan minyak....takkah antara punca jadi mcm nih (isu minyak) mcm ada kena mengena ngan depa(Mereka)?????Selain itu kita juga punca global warming, kita terlalu alpa ngan teknologi sehingga mmbawa kesan beruk eh buruk pada cuaca dunia, semakin kita guna minyak(bahan api) semkin bertambah pencemarn udara. Ya aku pun penyumbang perkara nih,tp aku sedar diri that why bila jadi mcm nih aku mcm redha sbb puncanya kita gak. Mcm isu bekalan makanan!!!! byk pemimpin negara minta negara2 yg ada meyimpan stok makanan yg sgt byk agar mengeluarkan bekalan masing2 so that boleh mengimbangi masalah bekalan makan nih...but tgk la byk mana negara yg do so....


Aku terbayang agak nya apa respon manusia di somalia,palestine, myanmar,china dan negara2 yg mmg kaya ngan masalah kemiskinan kata kat kita..Adakah "hah mereka nih relax ar,belum lagi hidup melarat mcm kami' atau "padan muka mereka,yg kami dok kebuluran nih tak ramai yg peduli" or apa2 ja laaa....


Aku bukan nak menilai atau nak buat pandai apa????just nak bg pendpata adakah Tuhan sengaja menguji kita ngan masalah bahan api nih pada msa yg sama ngan masalah Pemanasan Global utk melihat bagaimana khalifahnya dimuka bumi nih beriaksi dan handle masalah2 nih....


SO apa2 pun hampa(korang) komen ja lah nnt kat aku....thank u evr so much sbb sudi baca...HIDUP MEMBACA


(sangat berdoa agar Isu-isu(harga minyak,barang,pemanasan global) ini dapat ditangani dengan baik jika tidak negara kita mampu muflis(bak kata pemerhati ekonomi)

2 ulasan:

ahmad adzim berkata...

name pn manusia

Tanpa Nama berkata...

well done....
just remind me n the others!!!