Al-Baqarah
[222]
Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (atin) haid. Katakanlah: “Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat”. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa ating darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.
Haid atau datang bulan merupakan proses kitaran darah kotor yang normal bagi sesorang wanita yang mencapai akhil baligh. Hal berkenaan telah pun disebut didalam Al-Quran dalam surah Al-Baqarah ayat 222. Dalam ayat ini Allah menyatakan bahawa darah haid itu merupakan sesuatu yang kotor dan jijik kerana ia mampu mendatangkan kemudaratan. Haid berlaku selepas penghasilan ovum wanita namun tidak berlaku persenyawaan dalam dengan sperma lelaki. Dinding rahim wanita akan meruntuh dan inilah yang dipanggil darah haid itu.
Dalam ayat ini juga Allah melarang untuk suami isteri itu mengadakan hubungan kelamin atau persetubuhan. Ini adalah kerana dalam keadaan tidak ada sebarang kebaikan ketika bersetubuh kerana tidak akan berlaku persenyawaan antara ovum dan sperma serta tidak akan berlaku penempelan. Sebaliknya ia hanya akan membawa keburukan kepada kesihatan dan mungkin jangkitan terhadap organ persenyawaan manusia. Dalam sains perubatan sekali pun tidak ada seorang pun doktor menyokong untuk pasangan bersetubuh ketika isteri dalam keadaan haid, walaupun sebagai tindakan untuk merancang kehamilan.
2 ulasan:
even dengan kondom juga x boleh ke?
maaf. kurang pengetahuan agama
kan ada ayat Allah melarang means that in any cases tak boleh la tuh...(beratkan yg Haram)
Catat Ulasan