Al-Alaq [15]
Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika ia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam neraka), -
[16]
Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah.
Assalamualaikum and a very good day....
Konotasi daripada firman Allah surah di atas sebenarnya menerangkan akan bahagian sel otak yang hanya di temui dan di ketahui fungsinya 60 tahun dahulu sedangkan Al-Quran telah pun menyatakankanya pada 1400 tahun yang lampau. Bahagian yang dinyatakan sebagai prefrontal atau umbun-umbun ini sebenarnya bahagian otak paling hadapan yang berfungsi dalam mengawal pergerakan, tingkah laku baik atau buruk, motivasi, perancangan serta tangungjawab manusia samada menyatakan kebenaran atau pendustaan.
3 ulasan:
jadi segala tindakan kita itu yg baik dan salah adalah kerana otak kita...
bagaimana ada yg pernah berkata baik dan buruk itu datangnya dari Allah s.w.t?
baiklah..begini aku pun bukan la arif sgt..tp cuba kita tgk sebagai org islam kita kan percaya pada qada' dan qadar Allah...dlm perihal yg aku ckp tuh prefrontal nih utk kita berfikir apa kita nak buat.(plan baik @ jahat) kalau kita buat benda yg berdusta(menipu@kejahatan berpunca dr keimanan yg rapuh)maka itu bukan la plak dtg dari Allah..bukan kah Allah sendiri memberi kita Akal utk berfikir..perkara buruk yg dtg dr Allah hanyalah berkenaan musibah(sebagai peringatan) @ pun ujian utk hambaNya...stakat tuh ja lah yg aku bleh jwb..kalu ada silap2 perbetulkan ek..
salam..
aku nak perbetulkan sikit ni ayat ang leman berkenaan ang cakap perkara buruk yg dtg dari Allah hanyalah berkenaan musibah (sbg peringatan) @ pun ujian utk hambanya.
sebebanr-benarnya, Allah tak pernah menurunkan perkara buruk pon kepada hamba-hambaNya kecuali yg baik2 sj.
aku penah dengar ceramah dari video ustaz qazim. dia ade ckp allah tak pernah menurunkan bende yg tak baik pada makhluknya kecuali semua yang baik2.
sbg contoh, orang yg dikurniakan anak yg istimewa yakni cacat, mereka sebenarnye bukanlah ditimpa musibah tetapi dikurnia rezeki. sbb ape? sbbnye, mak bapak yg menjage anak cacat tuh dgn elok sehingga budak itu meninggal akan beroleh ganjaran pahala yg besar. lagipon budak itu secara otomatiknya akan berolah syurga kerana tiada apa2 dosa. dan budak itu jugalah yg akan menjauhkan api neraka dari ibu bapanya di akhirat kelak.
wallahualam.
Catat Ulasan