Sabtu, 27 September 2008

Kisah Yakjuj & Makjuj

Assalamualaikum n a very good day....

Perkisahan ni aku ambil dari post member aku di frienster...cerita nih menarik tuh yg aku nak kongsi...so baca2 lah...


Dalam Quran kisah yakjuj & makjuj diceritakan dalam dua surah al-kahfi dan al anbiyak. Saya ingin mengambil surah al kahfi ayat 94 – 98 , mereka berkata “hai zulqarnain sesungguhnya yakjuj dan makjuj ini suka membuat kerosakan di muka bumi ini…maka tolonglah aku supaya membuat dinding di antara kamu dan mereka. Berilah aku potongan 2 besi .Hingga apabila besi itu sama rata dengan kedua puncak gunung itu berkatalah Zulqarnain Tiuplah api itu , Hingga menjadi merah seperti api , dia pun berkata beriah tembaga mendidih supaya aku tuangkan ke atas besi panas itu,
Maka mereka tidak dapat mendaki dan melubangkannya .Zulqarnain berkata dinding ini adalah rahmat daripada tuhanku . apabila datang janji tuhanku maka akan runtuhlah dan janji tuhanku adalah benar. Ayat ni saya dah ringkaskan. Mengikut Hamka dalam tafsir al Azhar halaman 257 , imam Ibnu kathir melaporkan , khalifah al wathiq dariapda bani abas pernah menghantar satu ekspedisi bertujuan mencari tembok ini. Maka setelah 2 tahun embok ini ditemui .ia adalah tembok yang besar dan tinggi yang dibuat daripada besi dan tembaga dan mempunyai kunci2 serta pintu yag besar .Pada abad ke – 15 masihi dua orang pengkaji drpd jerman dan 1 orang lagi dari sepanyol mendapati tembok ini terletak di Samarkand dan India. Pengkaji ini merumuskan ia ialah tembok Zulqarnain.

Mengikut Ali Akbar dalam bukunya Israel and the Prophecies of the holy quran terbitan Seraj Publication, Cardiff 1963. Tembok ini terletak di sebelah laut Caspian. Panjangnya adalah 50 batu ketinggiannya 29 kaki dan tebal 1 kaki. Dalam ayat di atas mengikut pandangan beliau ialah gunung 2 yang terdapat di Azerbaijan dan Armenia.bangsa yg yg tinggal di kawasan ini melahirkan bangsa EROPAH daripada etnik Slavs &Teutonic Beliau juga mengatakan dalam BIBLE ( yehezkiel 39 ayat 1), hai manusia fana , kecamlah Gog, penguasa utama negeri 2 Mersekh dan Tubal dan Beritahulah akulah musuhnya . Raha bermaksud Rusia ,Mersekh – Moskow dan Tubal- Tobalsk. Dalam bab yang sm ayat 7 ‘ aku menyalakan api di negeri Magog dan disepanjang pantai tempat orang hidup dengan aman. Lalu semua orang tahu akulah Tuhan.” Kawasan pantai yang dimaksudkan ialah kepulauan Britania dan Negara2 Scandinavia. Justeru beliau merumuskan Yakjuj & Makjuj adalah Eropah Timur & Barat yg terlalu mencengkam umat Islam. Hamka merumuskan dalam tafsir Al –Azhar juzuk 17 ms 266 kalimat yakjuj & makjuj berasal daripada ajja dan taajjaja yg bermaksud “menyala , membakar dan menggelegak.Tafsiran ini dapat diterima dengan syarat ia tidak terbabaas daripada maksud asal ayat al Quran . Namun kesemua tafsiran ini adalah tafsiran manusia yang cuba memahami maksud ayat2 Allah. Kesimpulannya berdasarkan ayat di atas maka terbuktilah kita sekarang dalam Akhir Zaman . Dan apa yg terbuku dalam kitab umat ISLAM ( Al Quran )adalah BENAR. Minda muslim SUPER , Dr. Danial Zainal Abidin, PTS Millennia SDN. BHD.2008 ms 235,346,347,348

1 ulasan:

penanya (?) berkata...

wow! im impressed! u read a lot of sources! nice!