Rabu, 28 Mei 2008

PREFRONTAL (BAHAGIAN OTAK DEPAN)



Al-Alaq [15]
Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika ia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam neraka), -
[16]
Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah.

Assalamualaikum and a very good day....

Konotasi daripada firman Allah surah di atas sebenarnya menerangkan akan bahagian sel otak yang hanya di temui dan di ketahui fungsinya 60 tahun dahulu sedangkan Al-Quran telah pun menyatakankanya pada 1400 tahun yang lampau. Bahagian yang dinyatakan sebagai prefrontal atau umbun-umbun ini sebenarnya bahagian otak paling hadapan yang berfungsi dalam mengawal pergerakan, tingkah laku baik atau buruk, motivasi, perancangan serta tangungjawab manusia samada menyatakan kebenaran atau pendustaan.

Hal ini dipetik dari buku Essential of Anatomy and Phsycology. Ubun-ubun atau prefrontal (bahagian depan tengkorak kepala yang dikatakan berdusta sebenarnya merujuk kepada bahagian prefrontal ini di mana bagi orang-orang yang mengunakannya untuk berdusta

Mukjizat Azan




Assalamualaikum and a very good day....


Mukjizatnya Azan
Pesanan Semasa Mendengar Azan...
Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.... lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.




Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak .
Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.



Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.



"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." semasa sakaratul maut menghampiri kami.



Amin..amin.. amin Yarobbal a'lamin.."



WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;



Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:



1) Jujur dalam berkata-kata.



2) Menjauhi segala yg haram.



3) Merendahkan diri.



Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:



1) Merahsiakan ibadahnya.



2) Merahsiakan sedekahnya.



3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.



Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:



1) Takut berlaku dusta dan keji.



2) Menjauhi kejahatan.



3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.



Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:



1) Mengawasi dirinya.



2) Menghisab dirinya.



3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.


idea dari anak pompuan.fs


Selasa, 27 Mei 2008

Fizik Dan Malaikat



Assalamualaikum and a very good day..... Pernahkah kita terfikir bahawa hukum-hukum fizik sebenarnya satu rahsia Allah swt yang inginkan manusia memerhati dan mengkaji akan kebenaran Al-Quran dan mengakui akan kebesaranNya. Malaikat mempunyai ciri-ciri yang berkaitan dengan hukum fizik yakni cahaya. Sebelum itu mari kita singkap ciri-ciri malaikat;

1. Malaikat dicipta Allah daripada cahaya Sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan daripada Aisyah ra :
"Malaikat dicipta daripada cahaya, jin dicipta daripada api dan manusia dicipta daripada apa yang diceritakan kepadamu (tanah)" [Riwayat Muslim]

2. Malaikat tiada nafsu serta berkehendakan sesuatu.
Dan mereka berkata: "Mengapa rasul itu memakan makanan dan berjalan di pasar-pasar? Mengapa tidak diturunkan kepadanya seorang malaikat agar malaikat itu memberikan peringatan bersama- sama dengan dia?" [Al-Furqaan : 7]

3. Malaikat patuh dan taat melaksanakan perintah Allah tanpa mempersoal dan membantah .
Sesungguhnya malaikat-malaikat yang ada di sisi Tuhanmu tidaklah merasa enggan menyembah Allah dan mereka mentasbihkan-Nya dan hanya kepada-Nya-lah mereka bersujud [Al-A'raaf : 206]

4. Malaikat dikurniakan Allah mempunyai kekuatan .
Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Tuhanmu di atas (kepala) mereka. [Al-Haaqqah : 17]

5. Malaikat boleh berubah bertukar dan menyerupa menjadi apa jua bentuk dengan izin Allah.
Dan tatkala datang utusan-utusan Kami (para malaikat) itu kepada Luth, dia merasa susah dan merasa sempit dadanya karena kedatangan mereka, dan dia berkata: "Ini adalah hari yang amat sulit" [Huud : 77]


Konotasi ayat-ayat suci Al-Quran di atas seharusnya menjana minda kita sebagai muslim akan hubungkait kejadian malaikat dan rahsia kebesaran Allah. Sebenarnya malaikat merupakan jamak kepada perkataan Arab iaitu 'malak' yang bermaksud daya (force). Jika anda masih ingat cayaha bergerak dalam bentuk gelombang elektromagnet yang bersifat cahaya nampak(dapat dilihat) serta membawa tenaga dan momentum. Tidakkah malaikat itu tercipta daripada cahaya dan sifat cahaya yakni gelombang elektromagnet mampu bergerak melalui ruang vakum(angkasa), dan bergerak dengan kepantasan 299,792,458 meter sesaat. Ini membenarkan serta mengukuhkan lagi firman Allah;

dan (malaikat-malaikat) yang terbang dengan kencangnya [Al-Mursalaat : 2]

Umum mengetahui bahawa malaikat ditugaskan Allah dengan tugasan-tugasan tertentu seperti menurunkan hujan. Secara ringkas sains menerangkan proses hujan hasil daripada air bumi(laut,sungai dll) tersejat(mengewap) ke udara dan terkondensasi dengan udara sejuk membentuk titisan hujan. Air bumi ini tersejat dengan kehadiran haba yang dibekalkan oleh matahari melalui medium cayaha. Haba pula adalah antara bentuk tenaga yang dapat dipindahkan namun mustahil untuk dimusnahkan dan dicipta oleh manusia. Bukankah ini membuatkan kita terfikir bahawa malaikat yang ditugaskan untuk menurunkan hujan itu dicipta dari cahaya dan hanya melalui cahaya tenaga matahari dibawa kebumi. Namun jangan terkeliru, cahaya yang kita lihat itu bukan bermaksud itu malaikat.

Di akhir kata ingin saya bertanya, pernahkah ada hukum fizik seperti cahaya bergerak lurus, hukum graviti, hukum daya dan lain-lainnya menongkah arus yakni melawan hukum masing-masing. Pastinya tidak, jadi bernarlah sifat malaikat itu sentiasa patuh pada perintah yang Maha Agung yakni Allah. Kerana malaikat itu dicipta daripada cahaya dan terikat serta berhubungkait dengan hukum fizik iaitu cahaya. Sebenarnya masih banyak bukti-bukti lain yang saling berkaitan akan penciptaan malaikat ini. Semuanya terletak pada kita untuk menyingkapnya.